Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, January 16, 2017

Taubat Tak Mudah Tapi Indah.

Ya Allah.
Sesungguhnya, jalan untuk bertaubat itu tidak mudah bagiku.
Terlalu banyak air mata dan sakit yang harus aku lalui.
Sungguh di Tanah Suci Mu aku meminta.
Agar Engkau menerima taubat ku.
Tidak terduga sebegini cepat Engkau dengar permintaan ku.
Tidak ku duga begini caranya untuk Kau terima taubat ku.
***
Dalam hari hari terdekat ini.
Ada sesuatu terlintas di hati aku.
Ujian yang buat kau bersedih dan lembik itu salah satu cara untuk Allah tegur kau tentang dosa
Dan silap yang kau perbuat.
Sehingga kau lembik.
Dan sakit itu, ada baiknya berbanding pukulan yang lebih hebat di sana nanti.
***
Tak aku duga aku akan menangis selepas itu.
Tak aku duga, ibu bapa aku menegur ku sehingga hati aku terasa di pukul.
Yang membuatkan aku menangis.
Yang membuatkan aku menyesal.
***
Aku juga tersedar.
Sesungguhnya aku angkuh selama ini.
Sesungguhnya aku terlalu sombong dengan dunya yang ada.
Aku tidak pernah berbangga dengan apa yang aku ada.
Tetapi sikap yang ada, cukup membuatkan aku bukan seorang yang baik.
***
Masih banyak perkara yang harus aku perbaiki.
Terlalu banyak.
***
Selama ini, aku sudah merasakan diri yang aku bawa ini,
Cukup menunjukkan banyak perkara baik sudah aku buat.
Rupanya, masih banyak yang aku tidak Nampak.
Inilah ujian Allah.
***
Selama ini, aku berniat untuk bertaubat.
Untuk ubah diri ini.
Tapi, kadang-kadang aku tidak tahu,
Di mana lagi harus aku baiki.
***
Sungguh satu persatu Engkau memberi teguran pada ku.
Sehingga air mata ini kerap kali mengalir laju akhir akhir ini.
Satu persatu jugalah Engkau buka hijab kesilapan diriku.
Penyesalan datang bertimpa timpa di hati ni.
Kini aku merasakan seperti aku di pukul oleh satu pukulan yang hebat.
Sehingga aku rasa lembik dan hilang arah.
Aku tetap cuba mendekati Mu.
Namun aku malu untuk berdoa dan meminta padaMu.
Aku malu kerana terlalu banyak dosa aku.
Aku risau Engkau tidak redha padaku.
***
Sekarang ini Engkau buat aku belajar sesuatu.
Belajar untuk jadi lebih baik.
Aku memohon padaMu agar di beri peluang untuk membaiki diri ini.
dan aku memohon Engkau berikan umur yang  panjang untuk ibu bapaku.
***
Dan di sana itu.
Aku juga memohon agar Engkau menemukan aku dengan Mu
dan juga Muhammad saw dengan cara yang paling baik.
Mungkin inilah jalan yang Engkau hadiahkan padaku.

Dan aku berjanji.
Untuk tidak sia siakan apa yang Engkau turunkan padaku ini.
Dan aku berjanji untuk menjaga ibu bapaku ini.
Kerana redhaMu padaku.
Ada pada mereka.


Aku tidak tahu apakah hati ini terlalu mencintaimu atau tidak.
Tapi, aku akan sentiasa berusaha mencintaiMu Ya Rabb..

Sunday, January 15, 2017

Nak Jadi Baik Tu Susah.

Nak jadi baik tu susah. Tak ada jalan mudahnya.

Nak jadi anak yang baik. Nak jadi hamba yang baik. Nak jadi manusia yang baik untuk orang sekeliling.

Nak jadi baik. Tak hanya perlu berbuat baik pada orang lain.


Tapi juga perlu berkorban air mata untuk berbuat baik. Dan kadang-kadang perlu lupakan perasaan sendiri.

Kadang-kadang kita dah mula solat. Kita dah mula baca Quran. Tapi, ada orang cakap kita ni, jahat. Allah tak terima. Kita ni anak jahat. Allah tak terima.

Bila dalam situasi ni, memang hati sangat sakit.

Tapi, berusahalah sehabis kuat. Positif kan diri. Allah nak kita ubah diri jadi lebih baik.

Allah nak uji kita. Allah nak kita bangkit walau dengan air mata. Sesakit apa pun kita, bangkitlah.

Mungkin hari ini kita bukan hamba yang baik. Tapi,kita boleh berusaha untuk jadi baik. Sudah-sudahlah berada dalam masa lampau yang telah banyak kita sia-siakan.

Mungkin hari ini, kita bukan anak yang baik. Suka lawan cakap mak ayah. Hari ini, kita mungkin boleh belajar diam walau sakit macam mana pun hati kita. Walau kita tak seperti yang  mereka katakan. Tak mahu lukakan hati mereka. Kita diam. Lebih baik hati kita yang terluka. Dari hati mereka. Kita harus cipta sifat kasih sayang untuk mak ayah kita, yang buat kita lebihkan hati mereka dari kita. Tak mau dah kecik hati dengan mereka k. Terlalu banyak pengorbanan mereka untuk kita. Kalau kita buat baik, tapi mereka tak hargai, abaikan. Diamkan sahaja. Jaga mereka. Mudah mudahan mereka selamat dunya akhirat.

Mungkin hari ini, kita jahat pada orang lain. Tapi hari ni, tak mustahil kita boleh baiki hidup kita. Buat baik pada semua orang.

Life is too short to always thinking only you.

Hey.

Senyumlah. Solat taubat. Mintak ampun. Mintak maaf.

Baiki. You have the power to mend your bad k!

Jangan terlalu risau sehingga semuanya menghalang kita untuk jadi lebih bagus.


Now. We start it all over again