Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, May 29, 2012

Sesungguhnya Cinta itu Anugerah Dari Mu...

Hati itu milik Mu ya Rabb,,
dan Engkau anugerahkan rasa ini dalam hatiku...
Rasa yang begitu hebat kurasakan sehinggakan mampu menjatuhkan aku...
Mampu menggoyah Iman seorang manusia yang lemah sepertiku....

Ya Rahimm,,sungguh aku mencintai nya...
Rasa yang datang dari lubuk hatiku untuk dia..
Ruangan yang tidak pernah aku buka kan pada siapa pun.
kecuali dia...

Ya Allah,, Astaghfirullah....
terlalu banyak dosa yang ku lakukan kepada Mu..
aku mencari cinta dan redha Mu ya Rahmann....

diri ini terlalu hina di sisi Mu...
Aku malu pada Mu Ya Allah...

Bertahun lamanya Engkau menganugerahkan rasa Cinta itu dalam diriku...
Engkau titipkan rasa kasih sayang ini untuk seorang insan yang ku kira adalah anugerah dari Mu..

Pertemuan yang tidak pernah ku jangka...
Pertemuan yang tidak pernah ku rancang....
Aku menyemai segala rasa ini buat dia....
Setiap hari ku sirami rasa itu dengan doa dan bacaan ayat Suci yang Kau berikan padaku...

Kini Ya Allah...
Aku di uji..
Di saat aku impikan sesuatu yang indah, Engkau menguji ku...

Kadang terasa sakit semua ini...
Namun ku sedar kehidupan dunia hanyalah sementara...

Aku di uji oleh Mu..
dan aku nampak akan kasih sayang Mu kepadaku..

kerana semua itu mengingatkan aku akan siapa penciptaku..
akan siapa pemilik setiap hati itu...
agar aku tidak ingkar akan perintahMu..

Ya Allah, sakit yang ku rasakan ini hanyalah azab di dunia ini...
Engkau tabahkan hatiku menghadapi semua ini ya Allah...

Ya Latiff,
Engkau buka kan lah sedikit pintu hatinya Dia untuk aku..
Tidak ku harapkan yang lebih daripada itu..
kerana aku ingin Engkau yang utama di hati nya dia...


Agar ku tahu, dirinya akan bahagia di akhirat kelak...

kadang-kadang aku buntu dengan ujian Mu ini...
justeru, kurniakanlah cahaya kepada ku.
berjalan di bawah sinaran cahaya hidayahMu..

Aku ingin berubah mencari kehidupan yang sebenar..
setelah sekian lama aku tenggelam di dalam arus dunia..
tenggelam di dalam kesedihan yang pernah ku rasakan...

Ya Allah, Ya Rahmann Ya Rahimm...
kurniakan aku sedikit kebahagiaan bersamanya..
di iringi dengan bimbingan agamaMu...

Andai aku rebah, aku tidak mahu terus terduduk,
mengenang luka itu..
aku ingin bangun Ya Allah..
menggapai kebahagiaan dan keredhaanMu....

Sesungguhnya, hati setiap manusia itu adalah milikmu...
justeru, aku hanya memohon hati dia menjadi pendamping kepada hatiku...

setelah Engkau menguji kami dengan pelbagai perkara ini ya Allah,,
saat ini, engkau kurniakanlah kebahagiaan buat kami...

Kebahagiaan yang kekal abadi..
Cinta itu adalah anugerah dari Mu..
dan ianya adalah milikmu...

semaikanlah rasa itu ya Allah...
titipkanlah rasa kasiha sayang dan cinta di dalam hati kami berdua ini...
agar hati kamu sentiasa bertaut..
satukanlah hati kami ya Allah....

Sesungguhnya cinta itu anugerah dari Mu.. aku hargainya dan akan ku jaga agar ianya kekal sampai syurga..

 

Thursday, May 17, 2012

Kelebihan Tahajud

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamah maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. Dapat lidah yang hikmah.

2. Diangkat kedarjat wali

3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut






Selain itu juga

1. * Doa-doa akan diperkenankan.

2.* rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya

3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur

4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud

5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud

6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa .



“Katakanlah, ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Ali Imran: 31)

Thursday, May 3, 2012

Pesanan Buat Sahabat

10 Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan sOlat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.