Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, June 23, 2012

Mengapa aku semakin Jauh dari Mu?

Ya Allah, adakah aku semakin jauh dariMu??
adakah aku terlalu leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan??
Ya Allah, Jika itu yang sedang berlaku ke atas ku,
sedarkanlah aku..
keluarkan lah aku dari kegelapan ini..
aku takut ya Allah...
Aku takut aku menjadi orang-orang yang rugi.
Dunia ini hanya sementara, yang kekal akhirat sana.
jangan Engkau biarkan aku di campak ke api neraka Mu bersama orang-orang yang kufur...
kerana aku tidak mampu menahan panasnya dan azabnya seksa neraka Mu
aku pernah membaca akan cerita-cerita bahawa dasyatnya azabMu.
sedangkan kesakitan sedikit sahaja di dunia ini, aku tidak mampu.
apatah lagi kesakitan azabMu yang berkali ganda pedihnya.

Ya Allah, aku tidak mampu... Aku tidak mampu ya Allah...
Ampunkan aku yang Allah.. Ampunkan aku...
Aku takut Ya Allah, di saat aku bertemu Mu, tidak ada satu pun amalku yang akan diterima
kerana sifat ujub, takabur, lalai, leka ini.
aku takut ya Allah. 
aku takut padaMu.
Namun, kekadang aku leka,lupa dan alpa kepada Mu
kepada balasan Mu terhadap apa yang aku lakukan..
bimbinglah hatiku ini Ya Allah.
jangan biarkan aku terus jauh dariMu.
jangan biarkan aku sendirian.
kasihanilah diriku ini ya Allah...
kasihinilah aku.
Aku tidak ingin jauh dariMu.
kerana Engkau Tuhanku.
kerana Engkau tempat yang akan aku kembali.

Jangan biarkan aku sebegini ya Allah..
Jangan biarkan aku leka dengan keindahan dunia..
jangan biarkan aku bermewahan di dunia, sedangkan aku lupa siapa pemberinya.
jangan biarkan aku gembira dan ketawa tanpa aku ingat kepada Mu yang mengurniakan setiap nikmat itu.
Jangan biarkan aku bersedih tana aku berfikir akan Engkau yang selalu bersamku.
Jangan biarkan aku tinggal segala perintahMu sedangkan kepadaMu jua akan aku kembali.
 
Ampunkan dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa orang-orang yang aku cintai dan kasihi.

Wednesday, June 20, 2012

Hidup Seperti Lakonan...

Hidup ini di ibaratkan seperti sebuah lakonan di pentas dunia. Kita adalah pelakonnya. Skrip nya adalah Al-Quran dan Sunnah yang menjadi panduan untuk apa yang kita lakonkan . Setiap yang dilakukan itu bergantung kepada kita sama ada untuk melakukan nya dengan cara yang terbaik atau sebaliknya. Dan apa yang dilakonkan ini menjadi tanggungjawab kita di akhirat kelak. walaupun pada pandangan kita, ianya hanyalah sekecil-kecil perkara. namun semua itu tetap menjadi tanggungjawab kita. jika tersalah, padah lah jadinya. jika perkara itu mulia di sisi Allah, pasti kebahagiaan akhirat menjadi milik kita. kadang-kadang perkara yang berlaku itu telah ditetapkan dan ditakdirkan buat kita. kita hanya menerima dan melakonkan perkara tersebut dengan sebaik mungkin. hanya doa yang kita mampu untuk merubah nasib hidup yang kadang-kadang tidak menyebelahi kita. usaha juga harus kita sematkan agar menjadikan kita sebagai seorang yang berjaya dunia dan akhirat. tidak seharusnya kita berputus asa kerana telah Allah janjikan bahawa setiap kesulitan atau kesusahan itu pasti akan disertai dengan kemudahan dan kesenangan. Apa yang berlaku juga tidak seharusnya disesali. kerana itu akan mensia-siakan. namun renugkanlah tentang kehidupan kita  agar yang buruk dapat kita perbetulkan dan yang baik dapat diteruskan. Allah swt itu tidak menduga atau menguji kita dengan sesuatu yang tidak seseorang hamba itu mampu. kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita perlu menangis dalam menjalani kehidupan ini. itulah emosi kita yang sedang berlakon. Namun setiap tangisan mahupun kegembiraan itu haruslah kita lalui dengan sebaik mungkin agar diri kita tidak terjerumus ke arah yang dimurkai Allah swt. 

sahabat sekalian,
Jika hari ini, kita lemah dan tidak kuat melalui apa yang berlaku di hadapan kita ini, jangan lupa Allah sentiasa berada bersama kita. bangunlah untuk meneruskan sesi lakonan ini agar ianya membuahkan hasil yang membuatkan kita tersenyum, tidak di dunia,  di akhirat pasti akan kita temui kebahagiaan itu. Apa yang harus kita lakukan, buatlah yang terbaik. lakonkanlah yang berlaku itu dengan baik berpandukan kitab suci dan juga sunnah pemimpin kita. sekalipun kita pernah terjatuh, sekalipun kita pernah terluka, sekalipun kesilapan pernah kita lakukan, Allah itu maha pengampun dan Dia cukup mengasihi hambaNya. berdoalah kepada Dia, kerana Dia pasti perkenankan nya... wallahua'llam...semoga ini dapat menguatkan semangat kita untuk terus melalui dan melangkah ke hadapan, menuju jalan yang diredhaiNya.. insyaAllah..