Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, June 16, 2012

MENCARI KETENANGAN BERSAMA AL-QURAN


Assalamualaikum wbt.

Hidup kita ini, tidak akan pernah lari daripada segala masalah.. Kadang-kadang ia menjadikan hati kita tidak tenang. Adakalanya, kita tidak tahu di mana untuk mencari ketenangan yang kita ingin kan iaitu ketenangan dari lubuk hati seorang insan. Antaranya adalah dengan membaca Al-Quran. Ianya di ibaratkan sebagai surat cinta yang dikirimkan oleh Allah swt untuk kita sebagai hambaNya. Di situ terdapat pelbagai peringatan yang pasti akan membuatkan diri kita sedar akan tujuan kehidupan kita yang sebenarnya.

Tidak dinafikan kadang-kadang kita lalai dan lupa untuk membacanya dalam kehidupan kita seharian. Membaca Al-Quran itu sangat penting dan ia boleh membuatkan hati kita merasa tenang walaupun banyak masalah yang terpaksa di pikul. subhanaAllah,, sungguh Allah itu tidak meninggalkan kita sendirian. Di saat kita keseorang, Dia pasti ada bersama kita. Cuma kita tidak mencariNya.


Setiap surah pasti mengandungi kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:-
  •  SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
    Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
    sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
    bahaya.
  •  SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
    Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia
    akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
    gangguan jin.
  •  SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
    Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia
    akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
  •  SURAH YUNUS (Yunus)
    Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang
    hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
    selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan
    terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
  •  SURAH YUSUF (Yusuf)
    Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
    kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia
    akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac
    ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
    kepada anak-anaknya.
  •  SURAH AL-KAHF (Gua)
    Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
    Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
    rezeki yang murah.
  •  SURAH AL-MULK- Mengandungi 30 ayat  kelebihannya bebas dari azab kubur                                                                                                                   
  • SURAH YASSIN-      Mengandungi 83 ayat. kelebihannya dijauhkan dari gangguan syaitan, menyembuhkan penyakit, mengembalikan tenaga, menerangkan hati, memudahkan urusan dan memudahkan sakaratul maut                                                                                                                      
Ini adalah di antara kelebihan surah dan ayat yang terdapat dalam Al-Quran.. Selamat Beramal;
wassalam.

4 comments :

  1. bagus jie....sama-samalah kita mengamalkannya.....amin

    ReplyDelete
  2. main gitar haram? jom tgk cni ---> http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/06/hukum-bermain-gitar.html

    ReplyDelete