Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, June 23, 2012

Mengapa aku semakin Jauh dari Mu?

Ya Allah, adakah aku semakin jauh dariMu??
adakah aku terlalu leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan??
Ya Allah, Jika itu yang sedang berlaku ke atas ku,
sedarkanlah aku..
keluarkan lah aku dari kegelapan ini..
aku takut ya Allah...
Aku takut aku menjadi orang-orang yang rugi.
Dunia ini hanya sementara, yang kekal akhirat sana.
jangan Engkau biarkan aku di campak ke api neraka Mu bersama orang-orang yang kufur...
kerana aku tidak mampu menahan panasnya dan azabnya seksa neraka Mu
aku pernah membaca akan cerita-cerita bahawa dasyatnya azabMu.
sedangkan kesakitan sedikit sahaja di dunia ini, aku tidak mampu.
apatah lagi kesakitan azabMu yang berkali ganda pedihnya.

Ya Allah, aku tidak mampu... Aku tidak mampu ya Allah...
Ampunkan aku yang Allah.. Ampunkan aku...
Aku takut Ya Allah, di saat aku bertemu Mu, tidak ada satu pun amalku yang akan diterima
kerana sifat ujub, takabur, lalai, leka ini.
aku takut ya Allah. 
aku takut padaMu.
Namun, kekadang aku leka,lupa dan alpa kepada Mu
kepada balasan Mu terhadap apa yang aku lakukan..
bimbinglah hatiku ini Ya Allah.
jangan biarkan aku terus jauh dariMu.
jangan biarkan aku sendirian.
kasihanilah diriku ini ya Allah...
kasihinilah aku.
Aku tidak ingin jauh dariMu.
kerana Engkau Tuhanku.
kerana Engkau tempat yang akan aku kembali.

Jangan biarkan aku sebegini ya Allah..
Jangan biarkan aku leka dengan keindahan dunia..
jangan biarkan aku bermewahan di dunia, sedangkan aku lupa siapa pemberinya.
jangan biarkan aku gembira dan ketawa tanpa aku ingat kepada Mu yang mengurniakan setiap nikmat itu.
Jangan biarkan aku bersedih tana aku berfikir akan Engkau yang selalu bersamku.
Jangan biarkan aku tinggal segala perintahMu sedangkan kepadaMu jua akan aku kembali.
 
Ampunkan dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa orang-orang yang aku cintai dan kasihi.

3 comments :

  1. mintak kebenaran nak share entry ni di blog saya :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...mohon syare kata2 di blog ukhti...semuanya indah kerana ALLAH...subhanallah~

    ReplyDelete