Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, July 29, 2012

Jangan Kerana Kaki, Kita ke Neraka.

Salam Ramadhan..

harapnya semua sehat-sehat ye. dah lama tak update blog ni. Sekarang ni, baru balik bercuti kat rumah. banyak perkara nak di selesaikan. 

Em, JANGAN KERANA KAKI, KITA KE NERAKA. tak de apa pun sangat dengan tajuk ni. cuma sekadar pesana untuk diri sendiri dan sahabat semua.

Mak selalu pesan, jangan kerana kaki, kita ke neraka. apakah maksud yang tersurat dan tersiratnya? hehe
sebenarnya, pesanan ni, sesuai waktu kita tengah ambik wudhu'. kadang-kadang mungkin yang buat ala kadar je waktu basuh kaki. Basuh la kaki secara sempurna. sebab kadang-kadang kita tak perasan kat mana masih belum terkena air. jadi, sebaik-baiknya gunalah jari / tangan anda untuk menggosok kaki waktu ambik wudhu part kaki ni. okeyh?


Monday, July 23, 2012

Perangai Buruk Apabila Membeli. Cube cek ni...

Salam Ramadhan. Cube cek gambar-gambar kat bawah ni,, korang pernah buat tak waktu membeli-belah? hehe.. 








Pernah tak buat semua ni? haaa.... jangan tipu..hehe.. Waktu membeli, buat la perangai sopan sikit. kita kan, rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Kalau tipu waktu membeli kan, boleh jadi haram tau, apa yang kita beli tu. Kalau makan / pakai barangan haram,, susah nak makbul doa nanti.. semoga sentiasa beringat.okeyh?

Sunday, July 22, 2012

Apabila Terjaga Di Tengah Malam

Apabila saya terjaga di tengah malam, dah puas rasanya tidur. Baru je, pukul 1.30 pagi. hehe.. syaitan kurang kot ek, waktu bulan puasa ni. sebab tu kot, tak ngantuk ni. hehe. kan? 

sebenarnya tadi tidur awal. Lepas terawih terus tidur. Dalam pukul 10 gitu kot. 

Siang tadi, waktu kat bazar ada 'perkara malang' berlaku. em, nak tau ke perkara apa? tak yah la ek... kita cerita suasana kat bazar tu macam mane je la ek.. tak yah tak ek perkara apa? okeyh, dah setujukan tak yah tau..

Hermm, tadi kat bazar, penuh orang. Susah nak jalan. Tak tau la kenapa. Sebelum ni, tak de la sampai macam ni sekali. Ni, Mak cik jual kuih pun tak nampak. Kalau nak katakan mak cik-mak cik tu terlalu kecik sampai kan tak nampak, kuih apa atau makanan apa yang dijual pun tak dapat dikesan. Mungkin rezeki diaorang la ek. Nak tau tak, bazar kat mana ni? Seksyen 1, Bangi... 

Dua tiga kali gak la, pusing-pusing baru la dapat beli makanan. Tak de beli apa sangat pun. cukupla buat berbuka dan sahur nanti. hehe. 

Lepas habis je membeli tu, barula berlakunya 'perkara malang' tu.. huhu. Ni, terjaga ni pun, sebab lenguh-lenguh kaki tangan ni. Sakit situ sini. Herm, malang betul la. Tadi pun, tidur awal sebab penat sangat.. Ingatkan boleh la tidur dan rehat lama sikit. tengok ni, dah terjaga. hehe. Takpela... Update ni jap.. kejap agi, kalau tak de pape hal, sambung rehat sikit lagi.. Saya ucapkan selamat berpuasa untuk esok ek.. nanti kita pergi bazar sama-sama okeyh?


"BANGUN-BANGUN WOII,, TAHAJUD DAN SAHUR SEKALI.hehe."
awal lagi ni.. tidur laa dulu, jap agi bangun tahajud dan sahur ek. hee

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H



Segmen seterusnya di Bulan Ramadhan. Kalau kalian nak join jugak, boleh klik je, banner kat atas tu. syaratnya, tak de la membebankan tubuh badan yang berpuasa pun. join je la, kalau rasa ada hati nak join k.hehe

kenapa kalian patut pilih blog saya ?

errr,, apa sebabnya ek? 
em, sebab blog ni tak sehebat blog lain. cuma untuk mengisi masa lapang dan berkongsi dengan rakan lain ilmu yang ada, pengalaman yang ada. blog ni, banyak kelemahan. jadi, saya memerlukan kalian semua untuk bagi pandangan, bagi cadangan tentang perkara-perkara yang berkaitan... okeyh.. ringkas!

**harapnya dapat buat modal la sebab di atas ni ek..hehe.. selamat berpuasa.

Wednesday, July 18, 2012

Sepuluh Gadis sanggup Jual Tubuh Angkara Gajet


Baru-baru ini terdapat ura-ura menyatakan bahawa pelajar sekolah di benarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Hari ni dah keluar cerita pasal ni. Jadi, wajarkah idea atau cadangan yang ingin menjadikan barangan tambahan yang perlu di bawa ke sekolah? 'barangan tambahan'? tambahan laa tu selepas mana-mana barang yang wajib. lepas ni, kalau di benarkan bawak telefon bimbit, mungkin ada berapa kerat jer yang tak bawak. makin ramai yang hilang telefon bimbit kerana di curi oleh pelajar sekolah.silap-silap cikgu punya handphone pun hilang. tak mustahl lah... ye dak? baca saja berita kat atas ni. dah nampak kan, apa yang akan berlaku jika pelajar ni di benarkan bawa handphone. pelajar sekolah tu, masih muda... kadang-kadang banyak perkara yang di buat tanpa berfikir. hanya nak ikut nafsu jer. pelajar kat universiti ni pun, yang dah besar panjang ni pun,, masih ada segelintir yang belum lagi dapat membuka minda, berfikir panjang tentang baik buruk untuk hidup mereka... fikir-fikir kan lah kepada sapa-sapa yang sokong ni... okeyh?

Sunday, July 15, 2012

Ke Manakah Anda Menggunakan Waktu Muda Anda?

Di habis kan di mana hari-hari anda? Apakah yang anda lakukan jam empat pagi ketika menerewang tanpa matlamat, menyaksikan saluran parabola? Bukan kah sudah berjam-jam anda habiskan waktu melayari laman-laman sosial; facebook, twitter? Anda generasi muda, ketika menaiki kereta, bersiar-siar di jalan raya tidak tahu hendak ke mana sehingga fajar menyingsing, apakah yang anda lakukan? Penghitungan yang memang dibezakan. Adakah ini umat Muhammad s.a.w? Adakah ini jalannya anda gunakan waktu yang diberi Allah swt yang akan di tanya di akhirat nanti?

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap detiknya. Bukan juga setiap detiknya tetapi setiap nafas yang dihela..

Umur adalah kumpulan tahun demi tahun yang merupakan rangkaian hari demi hari. Andai setiap nafas yang masuk adalah kotak yang mesti anda penuhi, atau mungkin nafas yang keluar itu adalah kunci yang menutup kotak-kotak tersebut. Pada hari kiamat, kotak-kotak umur itu akan di buka. Kotak pertama ternyata kosong, kotak kedua juga kosong. bagaimana dengan yang seterusnya? Adakah ianya juga kosong atau mempunyai isinya? Adakah isinya mampu membantu kita di kala itu? Sama-sama kita fikirkan sejenak di kala ini...

Anda akan bersorak di kala itu jika di saat anda menghela nafas di bumi ini, anda mengisinya dengan menghadiri pengajian dan kemudian bersolat berjemaah. Ini mungkin untuk seribu nafas anda. Seribu nafas lagi, di gunakan untuk berzikir kepada yang Maha Pencipta. Lima ribu selebihnya mungkin anda gunakan untuk beramal, berjuang untuk agama. Alangkah seronoknya anda di kala itu. Di saat kotak-kotak umur anda itu di buka. Itulah perumpamaan untuk penggunaan umur yang kita punyai.Sedarkah ia adalah anugerah terindah dari Allah swt?

Anda mampu memilih sekarang, apakah yang anda isi dalam kotakpkotak tersebut? kotak-kotak apa? jawabnya kotak-kotak umur anda. Ke manakah anda melaburkan modal dalam hidup? Kerugian adalah sesuatu yang pahit. Jangan enjual barang yang mahal dengan harga yang murah..


Saturday, July 14, 2012

Buat apa cantik di luar je kalau di dalam jauh bezanya?

"Buat apa cantik di luar kalau di dalam jauh bezanya?"

"manusia ni, dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna." itu sudah pasti.

tapi, tugas untuk membentuk diri kita, membina diri kita ni, adalah diri kita sendiri. bukan orang lain yang dapat ubah kita tau. berubah ke arah kebaikan tu, adalah perkara yang baik kerana ianya memberi kesan untuk kehidupan kita berpuluh tahun akan datang. 

ramai sekarang yang pentingkan luaran. baju nak cantik, make up tu perlu... tu bagi perempuanla kan? lelaki pulak, baju berjenama, rambut macam-macam style. supaya nampak hensem, kacak. ye kan? semua ni fitrah dan tak salah pun cuma jangan la sampai ke tahap tabarruj. ok? Islam pun sarankan kita supaya sentiasa nampak kemas, bersih.

tapi, yang berkaitan dengan tajuk kali ni, bagaimana dengan yang di dalam tu? jangan fikir bukan-bukan. di dalam ni, banyak aspek nya tau. nak suruh senaraikan ke? boleh la senaraikan sikit ek. Yang pertamanya, hati. hati perlu cantik. macam mana nak cantik? fikir sendiri lah. tu kan raja dalam diri kita. baik hati, baik lah rakyatnya yang lain dalam diri kita ni. keduanya tempat tinggal. bagi yang tinggal kat rumah, rumah lah. bagi yang tinggal kat hostel, asrama lah... hehe. tempat tidur kita pun mesti di jaga. tu kan, tempat kita berehat, beribadat. sape cakap tidur bukan ibadat? ibadat la tu. tapi, harus berpada-pada. 

em, back to the topic,, apa yang perlu kita jaga? KEKEMASAN. kalau rumah ada anak-anak kecik ke, biasalah bersepah-sepah tu kan. lepas tu, kemas la balik mainan diaorang kan. tapi dengan barangan kita macam mana? pakaian kita, apa yang kita guna. adakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita pakai dan apa yang kita guna? tanya diri masing-masing k..

baju lepas pakai tu, letak la di tempat yang betul. jangan biarkan begitu sahaja. tempat tidur tu,pastikan sentiasa kemas. almari kita pun kemas. kalau kemas kan, sedap mata memandang. baru la stabil dengan keadaan dan identity kita yang berpakaian kemas dan cantik. iyekan?

buat apa cantik kat luar jer? kalau di sebalik diri kita tu, ada sikap lain. tau apa sikap tu? MALAS.. hehe.. semua orang ada malas. tapi, biarlah berpada-pada. jangan harta kita pun, kita malas nak ambik tau. sekecik-kecik perkara pun kalau dah berkaitan diri kita, jadi tanggunjawab kita tau....




Thursday, July 12, 2012

Nota Agama: Benarkah Islam adalah agama yang benar?

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga perkongsian ini menjadi satu manfaat untuk kita. Jika ada tambahan atau kesalahan, tambahlah dan perbetulkanlah. Sama-sama lah kita pelajari ilmu agama Allah swt. InsyaAllah..

Kebanyakan daripada para manusia ni, hatta diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang tertanya-tanya adakah agama yang kita ikut ini atau agama yang kita anuti ini adalah agama yang benar. sedangkan setiap manusia, walau apa pun agama mereka, mereka pasti akan mengatakan agama mereka juga adalah agama yang benar. 

Namun, agama Islam ini adalah satu agama yang berdiri di atas satu asas yang kukuh. manakala agama lain berdiri di atas ketiadaan asas.

Di sini saya ingin berkongsi satu perumpamaan. Perumpamaan ini hanyalah untuk memberikan kita semua nampak tentang apa yang mungkin kita tidak sedar.

Jika di dalam dunia ini, kita kumpul semua buku-buku agama mana-mana pun, kitab-kitab agama dan juga kumpul sekali Al-Quran. Kemudian semua yang dikumpul ini dibakar. Jadi pada saat ini kita tidak punyai apa-apa rujukan pun. Kemudian kita panggil semua orang-orang hebat dari setiap agama itu termasuklah orang-orang hebat agama Islam di seluruh dunia. 

Arahan di berikan kepada mereka ini adalah untuk menulis Bab 1 atau pun permulaan dalam setiap kita agama masing-masing. Jika di fikirkan, orang agama mana yang akan menjadi paling cepat,paling pantas dalam menulis atau mengeluarkan permulaan setiap kitab itu?

Orang-orang hebat agama Islam pasti akan menulis surah Al-fatihah dan dalam beberapa minit sahaja mereka akan pasti siap tulis surah tersebut. namun, orang-orang hebat agama lain masih lagi tertanya-tanya nak tulis bab permulaan ini, mengikut kitab mana kerana dalam setiap agama itu punyai kitab yang berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, agama Islam berdiri di atas satu asas yang kukuh, sama seluruh dunia, kita baca kita yang sama di seluruh dunia, iaitu Al-Quran.. wallahua'llam




Wednesday, July 11, 2012

Jangan Menghina Orang Ingin Berubah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur alhamdulillah, kerana pada pagi ini, pada hari ini kita masih di kurniakan peluang untuk hidup, untuk menikmati kehidupan di dunia ini.. fikir-fikirkanlah, untuk apa kita hidup kerana kadang-kadang ianya dapat memotivasikan hidu kita agar lebih bersemangat menjalani hari ini. insyaAllah.

"Jangan Menghina Orang yang Ingin Berubah"

Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, "dulu jahat, sekarang ada hati nak buat baik", ada juga yang berkata "jangan jadikan agama untuk menutup kesilapan atau kesalahan yang lalu" dan macam-macam lagi pandangan negatif sesetengah pihak terhadap mereka yang ingin berubah ini. situasi seperti ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku. kerana jangan kita lupa, siapakah yang membuatkan seseorang itu ingin berubah? Allah swt bukan? hatta diri kita sendiri pun perlu berubah, cuma hidayah yang dikurniakan itu antara samapai atau tak je pada kita ni. kalau tak dapat hidayah tu, apa maknanya? kita harus lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah swt untuk memperolehi hidayah dan keredhaan dari Nya.

Jangan pernah sesekali kita bersikap negatif terhadap mereka yang ingin berubah ini. sedangkan orang yang berubah itu boleh jadi lebih baik daripada individu yang hanya tahu berbicara dan merasakan dirinya sentiasa benar dan betul tanpa mengambil inisiatif untuk memperbeyulkan kesilapan diri sendiri. Mereka yang pernah melakukan silap besar yang mungkin kelihatan di mata anda itu adalah satu ujian dari Nya. ujian buat dia yang melaluinya dan ujian buat diri saudara/ saudarai yang melihatnya. Jangan pernah mengatakan diri kita ini benar-benar beriman selagi diri kita ini tidak di uji. ujian itu meningkatkan iman seseorang dan adakalanya ujian itu menjadikan diri kita lebih mengenali pencipta kita ini. Justeru itu, wajarkah bagi seseorang manusia menghina, merendahkan atau meperlekehkan individu-individu yang ingin berubah? perubahan itu perlu ada dalam setiap individu untuk menjadikan diri ini lebih baik. bukan untuk membanggakan kebaikan itu tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah. marilah kita sama-sama berubah. 

Jika saudara, saudari di luar sana yang merasakan diri kalian terlalu bagus dan merasakan layak untuk menghukum seseorang manusia, fikirkanlah kembali, siapakah yang berhak untuk itu? Dan jika anda merasakan diri anda terbaik, bimbinglah mereka..

sayidina omar sebelum dapat hidayah seorang yg amat jahil bunuh anak perempuan, zina, arak, maksiat tetapi Allah bg hidayah maka dia jadi khalifah Agung ... jgn tengok orang dgn keburukan mereka sbb kita yg baik ni pun belum tentu akan kekal baik ... Allah boleh uji kita dgn mcm2 mungkin kita akan berubah jadi lebih teruk dari mererka sekarang ... tengoklah mereka dgn penuh rasa sayang, hormat, dan rasa suka itulah yg nabi pancarkan pada umatnya sehingga menjadikan islam tersebar sehingga ke hari ni ... 


Sunday, July 8, 2012

Aku Ingin Berubah


Aku ingin berubah.. Ya Allah, bimbinglah hati ku ini di jalan yang diredhai Mu. Ampunkan aku Ya Allah,, aku hamba-Mu yang terlalu kerdil di bumi ini. Terlalu hina Ya Allah, ampunkan aku. Aku perlu berubah. Bersihkan lah diri ku ini dari segala dosa. Suci kanlah hati ku dan diri ini Ya Rabb.
Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam melakukan sesuatu, kini aku perlukan keikhlasan yang sebenar-benarnya ikhlas.

Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam menyayangi orang di sekeliling ku, kini aku perlu menyayangi mereka kerana Mu. Kerana mereka yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Mereka yang berharga untuk aku.

Jika sebelum ini, aku pernah berbohong dalam berkata-kata walau ianya sekecil-kecil penipuan, kini aku perlu menjadi seorang yang jujur sebenar-benarnya jujur. 

Jika sebelum ini aku pernah jadi seorang yang hipokrit. Mungkin dalam tidak aku sedar, aku adalah munafik,, kini aku perlu berhati-hati dalam satu-satu perkara. Aku benar-benar perlukan bimbingan dari Mu ya Tuhan ku. Engkaulah Tuhan ku. 

Jika sebelum ini aku bukan seorang yang prihatin, aku perlu berubah. Aku perlu prihatin terhadap keadaan sekelilingku. Agar kesusahan orang lain, dapat aku rasakan dan jadikan pengajaran untuk ku agar diri ini lebih dekat dengan Mu ya Allah. Ya Rabb...

Jika sebelum ini solatku tidak pernah cukup. Kini biarlah aku melengkapkan solat ku kerana itu perkara utama yang akan di hisab kelak. 

Jika sebelum ini, aku leka dalam solatku, kini biarlah ianya menjadi sumber ketenanganku dalam berbicara dengan Mu ya Allah.

Jika sebelum ini aku seorang yang sombong, angkuh dan berbangga dengan apa yang aku ada, aku harus tinggalkan segala rasa itu. Kerana setiap yang aku punyai hanya lah pinjaman dariNya.
Jika sebelum ini tahajudku hanya kadang-kadang.kini biarlah ianya menjadi hiasan di setiap malam-malam ku. Berharap agar Tuhan meredhai hidup  ini.

Jika sebelum ini hanya perkataan yang tidak baik yang dituturkan lidahku ini. Kini biarlah nama-nama Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW yang meniti bibir ini. 


Andai dulu aku terlalu jauh dari Mu. Terlalu leka dengan kehidupan ini, kini aku perlu berubah. Memperbetulkan diri ini. Memperbetulkan hubunganku dengan Mu, dengan keluargaku dan dengan seluruh makhluk di sekelilingku. Ampunkan aku Ya Allah, aku ingin berubah~


Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim.. semoga setiap apa yang di tulis, di kongsi kan pada ini dapat dijadikan satu ilmu yang bermanfaat buat kita semua. semoga segalanya diredhai Allah swt.

Malam nisfu sya'ban adalah malam yang ke 15 dalam bulan sya'ban. malam ini adalah malam di mana nilainya adalah lebih baik dari seribu bulan.


Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit;

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;
  • Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
  • Tukang sihir dan ahli nujum,
  • Derhaka terhadap ibubapa,
  • Peminum arak,
  • Penzina,
  • Pemakan riba,
  • Pembuat firnah,
  • Suka bermusuhan,
  • Menipu dalam perniagaan.
  • Memutuskan tali silaturrahim.

Hidupkan Malam Nisfu Syaaban
Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”.    (Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

 C. Solat-solat sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah


Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

***Fadilat puasa pada bulan sya'ban***


1.   Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6.  Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.


*** p/s :- terlalu banyak kelebihan yang boleh kita dapat dalam bulan sya'ban.. namun, lakukan lah ianya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah bukan untuk balasannya semata-semata...

wallahua'llam...

sumber:- http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/15/keagungan-dan-amalan-malam-nisfu-syaaban/


 

Wednesday, July 4, 2012

Mak Ayah tak perlu tahu anaknya sedang bersedih??

Bismillahirrahmanirrahim..

pagi ni, harapnya ada sesuatu yang dapat dikongasikan bersama agar ianya menjadi peringatan buat kita semua. apa yang ingin dikongsikan pada hari ini ialah berkaitan;

Mak Ayah tidak perlu tahu anaknya sedang bersedih??

Mak, Ayah, Ibu, Abah, Papa, Mama, Umi...atau aa pun panggilan yang kita guankan, sedarkah kita, siapa kah mereka pada kita?pada hakikatnya, kita sedar merakalah ibu bapa kita, namun kadang kala kita lupa tanggungjawab kita pada mereka. 

Mereka ini terlalu berharga buat kita. Tanpa mereka, sudah tentu kita tidak akan mengenal dunia ni. Memang benar merekalah tempat kita mengadu, tempat kita mencurahkan rasa suka, duka dan mereka lah yang telah banyak berkorban buat kita.. Namun, setelah dewasa apakah yang telah kita titipkan buat mereka? ada sesetengah pihak berkata bahawa "seorang ibu / ayah mampu menjaga sepuluh anaknya namun, sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu/ ayah". Di alam realiti kini dapat kita lihat banyak peristiwa seperti ini yang berlaku.

Cuba kita ingat, dan bayangkan saat kita kecil dahulu kala, ibu dan ayah yang menjaga kita dengan penuh kasih sayang. adakalanya mereka marah pada kita dan adakalanya, pada waktu itu kita merasakan mereka tidak menyayangi kita. pada hakikatnya, kemarahan itu adalah tanda sayang, kasih, cinta mereka kepada seorang anak. apa yang di ajar adalah untuk keguanaan kita di masa akan datang. mereka telah banyak bersusah payah membesarkan kita. seorang ayah bekerja mencari rezeki buat kita. dan apa kurangnya seorang ibu? mereka sama-sama berusaha membesarkan anak anugerah Allah swt. kadang-kadang mereka tidak tidur melayan kerenah kita di malam hari. di saat kita sakit juga, mereka terlalu risau akan keadaan kita. dan di saat kita menangis, mereka pasti akan berusaha membuat kita bahagia dan tersenyum kembali. kita ini di ibaratkan seperti buah hati mereka.

Kini, kita telah dewasa apa yang telah kita lakukan buat mereka agar mereka bahagia? pertamanya, jangan pernah kita melupakan mereka. jangan pernah melukakan hati mereka. setelah dewasa, banyak perkara yang kita lalui. adakalanya kita bahagia, adakalanya kita bersedih.terdapat sesetengah pihak yang hidup nya kadang-kadang lupa akan ibu bapa di saat mereka bahagia. dan apabila kesedihan dan kesusahan melanda, mulalah kita mencari mereka ini..persoalannya,, kenapa mereka yang kita cari? kerana mereka pasti akan membantu kita walau sebagaimana marah pun mereka pada kita pada saat itu. 

saya merasakan bahawa situasi seperti ini harus di tukar atau di ubah. di saat kita bahagia, sentiasalah bersama kedua ibu bapa kita, menceritakan kebahagiaan yang kita rasakan. kerana  mereka pasti akan tersenyum dengan kebahagiaan kita dan hati mereka pasti senang dengan kebahagiaan dan kegembiraan buah hati mereka. jika kita punyai masalah, sedih, cubalah untuk tidak membuatkan hati mereka susah. kadang-ladang mungkin kita memerlukan pendapat dari mereka. cubalah untuk bercerita dan berkongsi dengan cara yang baik agar mereka tidak susah hati. jika masalah atau kesedihan yang sedang kita lalui itu hanyalah perkara kecil dan masih mampu untuk kita selesaikan sendiri, cubalah mencari penyelesaian yang terbaik. ibu dan ayah kita telah banyak susah di sebabkan kita. apa salahnya, kita cuba ringankan bebanan mereka di saat kita dewasa.  iye kan?

sama-samalah kita berdoa untuk mereka.sentiasalah sedekahkan al-fatihah buat mereka walaupun mereka masih berada di dunia. Anak yang soleh/ solehah pasti akan sentiasa mendoakan kedua-ibu bapa mereka.. wallahua'llam
 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.. insyaAllah