Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, July 8, 2012

Aku Ingin Berubah


Aku ingin berubah.. Ya Allah, bimbinglah hati ku ini di jalan yang diredhai Mu. Ampunkan aku Ya Allah,, aku hamba-Mu yang terlalu kerdil di bumi ini. Terlalu hina Ya Allah, ampunkan aku. Aku perlu berubah. Bersihkan lah diri ku ini dari segala dosa. Suci kanlah hati ku dan diri ini Ya Rabb.
Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam melakukan sesuatu, kini aku perlukan keikhlasan yang sebenar-benarnya ikhlas.

Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam menyayangi orang di sekeliling ku, kini aku perlu menyayangi mereka kerana Mu. Kerana mereka yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Mereka yang berharga untuk aku.

Jika sebelum ini, aku pernah berbohong dalam berkata-kata walau ianya sekecil-kecil penipuan, kini aku perlu menjadi seorang yang jujur sebenar-benarnya jujur. 

Jika sebelum ini aku pernah jadi seorang yang hipokrit. Mungkin dalam tidak aku sedar, aku adalah munafik,, kini aku perlu berhati-hati dalam satu-satu perkara. Aku benar-benar perlukan bimbingan dari Mu ya Tuhan ku. Engkaulah Tuhan ku. 

Jika sebelum ini aku bukan seorang yang prihatin, aku perlu berubah. Aku perlu prihatin terhadap keadaan sekelilingku. Agar kesusahan orang lain, dapat aku rasakan dan jadikan pengajaran untuk ku agar diri ini lebih dekat dengan Mu ya Allah. Ya Rabb...

Jika sebelum ini solatku tidak pernah cukup. Kini biarlah aku melengkapkan solat ku kerana itu perkara utama yang akan di hisab kelak. 

Jika sebelum ini, aku leka dalam solatku, kini biarlah ianya menjadi sumber ketenanganku dalam berbicara dengan Mu ya Allah.

Jika sebelum ini aku seorang yang sombong, angkuh dan berbangga dengan apa yang aku ada, aku harus tinggalkan segala rasa itu. Kerana setiap yang aku punyai hanya lah pinjaman dariNya.
Jika sebelum ini tahajudku hanya kadang-kadang.kini biarlah ianya menjadi hiasan di setiap malam-malam ku. Berharap agar Tuhan meredhai hidup  ini.

Jika sebelum ini hanya perkataan yang tidak baik yang dituturkan lidahku ini. Kini biarlah nama-nama Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW yang meniti bibir ini. 


Andai dulu aku terlalu jauh dari Mu. Terlalu leka dengan kehidupan ini, kini aku perlu berubah. Memperbetulkan diri ini. Memperbetulkan hubunganku dengan Mu, dengan keluargaku dan dengan seluruh makhluk di sekelilingku. Ampunkan aku Ya Allah, aku ingin berubah~


3 comments :

  1. amin..saya mintak izin untuk copy artikel ini ya..moga moga kita mendapat barakah Allah..terima kasih.

    ReplyDelete