Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, July 15, 2012

Ke Manakah Anda Menggunakan Waktu Muda Anda?

Di habis kan di mana hari-hari anda? Apakah yang anda lakukan jam empat pagi ketika menerewang tanpa matlamat, menyaksikan saluran parabola? Bukan kah sudah berjam-jam anda habiskan waktu melayari laman-laman sosial; facebook, twitter? Anda generasi muda, ketika menaiki kereta, bersiar-siar di jalan raya tidak tahu hendak ke mana sehingga fajar menyingsing, apakah yang anda lakukan? Penghitungan yang memang dibezakan. Adakah ini umat Muhammad s.a.w? Adakah ini jalannya anda gunakan waktu yang diberi Allah swt yang akan di tanya di akhirat nanti?

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap detiknya. Bukan juga setiap detiknya tetapi setiap nafas yang dihela..

Umur adalah kumpulan tahun demi tahun yang merupakan rangkaian hari demi hari. Andai setiap nafas yang masuk adalah kotak yang mesti anda penuhi, atau mungkin nafas yang keluar itu adalah kunci yang menutup kotak-kotak tersebut. Pada hari kiamat, kotak-kotak umur itu akan di buka. Kotak pertama ternyata kosong, kotak kedua juga kosong. bagaimana dengan yang seterusnya? Adakah ianya juga kosong atau mempunyai isinya? Adakah isinya mampu membantu kita di kala itu? Sama-sama kita fikirkan sejenak di kala ini...

Anda akan bersorak di kala itu jika di saat anda menghela nafas di bumi ini, anda mengisinya dengan menghadiri pengajian dan kemudian bersolat berjemaah. Ini mungkin untuk seribu nafas anda. Seribu nafas lagi, di gunakan untuk berzikir kepada yang Maha Pencipta. Lima ribu selebihnya mungkin anda gunakan untuk beramal, berjuang untuk agama. Alangkah seronoknya anda di kala itu. Di saat kotak-kotak umur anda itu di buka. Itulah perumpamaan untuk penggunaan umur yang kita punyai.Sedarkah ia adalah anugerah terindah dari Allah swt?

Anda mampu memilih sekarang, apakah yang anda isi dalam kotakpkotak tersebut? kotak-kotak apa? jawabnya kotak-kotak umur anda. Ke manakah anda melaburkan modal dalam hidup? Kerugian adalah sesuatu yang pahit. Jangan enjual barang yang mahal dengan harga yang murah..


2 comments :