Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, August 5, 2012

Bersyukurlah kalau Kena campak dengan mak ayah ke asrama..

Salam Ramadhan

Macam mana puasa? okeyh? semoga okey-okey belaka la hendaknya ye.
Hari ni, nak kongsi sikit pasal pengalaman duduk di asrama ni.. hehe

Sekarang ni, dah nak masuk 10 tahun saya tinggal di asrama ni, berjauhan dengan keluarga, balik kampung jarang-jarang. Bukan tak nak balik, tapi, tak de cuti. semakin meningkat umur ni, semakin jauh dengan keluarga. tapi, apa-apa pun, di hati ni, keluarga tu tetap melekat di hati nih.

okeyh, kita mula bercerita k.
Mula-mula kena masuk asrama tu, memang lah susah sangat nak terima hakikat. waktu tu, umur baru 13. Hari pertama duk nangis-nangis. Malam tu, call mak cakap nak balik, tak nak duk asrama. sangat bosan duduk situ. makan tak best, ingat kat mak ayah lagi. waktu tu la rasa rindu sangat-sangat kat diaorang. Waktu sembahyang pun, duk nangis-nangis lagi. Mak ayah tak kasi keluar dari asrama. Paksa jugak duk situ. Jiwa ni, hanya Tuhan je la yang tahu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya, em Memang lah sedih lagi ingat dekat keluarga. Nak berhenti sekolah pun ada.

Naik tingkatan 4, pindah sekolah, masuk sekolah yang lebih baik. makin jauh dari rumah. Lepas SPM pun makin jauh, sampai la duk di U ni. apa yang saya nak cakap, perasaan sedih, rindu kat mak ayah tu, tetap tak boleh nak buang. kadang-kadang menangis pun ada. Anak manja ke? boleh la kot [tiap kali balik rumah mesti ambik peluang tidur atas riba mak & ayah]..hehe

Tapi, pengajarannya banyak tau duk di asrama. waktu kat sekolah mungkin tak nampak. tapi, bila duk di Universiti, pasti lebih matang dan boleh fikir kebaikannya. Orang yang membesar 24 jam depan mak ayah berbeza caranya dengan orang yang membesar berjauhan dengan keluarga ni..

Bagi saya la kan,,
kalau tak duduk asrama, sampai sekarang saya tak kan pernah basuh baju pakai tangan, tak kan pernah rasa rindu dekat keluarga sampai macam ni sekali, rasa rindu yang tak dapat di bayangkan. hehe. banyak perkara yang dipelajari. belajar untuk hidup susah, berdikari.. belajar untuk bergaul dengan orang lain. dan yang paling penting, merasa untuk di denda beramai-ramai. hehe. semua ni jadi kenangan. banyak yang boleh kita belajar bila berjauhan dengan keluarga. kalau tak duduk berjauhan dengan keluarga, saya takkan tau kesusahan orang lain, bagaimana kehidupan orang lain. Kini saya rasa bangga dengan diri sendiri, sebab dah banyak belajar tentang hidup ni. berjaya keluar daripada diri sendiri yang dulunya tak tau apa-apa. sekrang ni, belajar berebut-rebut membeli tiket untuk balik raya. dan yang paling seronoknya, kita dapat tau, dapat belajar hidup di tempat orang lain.. hehe.. banyak lagi sebenarnya cerita, nanti kalau cerita panjang-panjang, korang bosan plak. lain kali, kita sambung k....hehe

jadi, bersyukurlah kalau mak ayah campakkan kita ke asrama. mereka inginkan yang terbaik untuk kita

 

1 comment :

  1. Cik Anis pun bangga dapat duk asrama seawal darjah 5 hingga la upper 6. Walaupun kdg2 rase mcm nk lari je namun banyak pengalaman yang orang lain tak ada. Bangga sangat. thanks mak ayah. duduk asrama buat cik anis lebih, lebih dan lebih matang .

    ReplyDelete