Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, August 3, 2012

Bila bawak anak-anak pergi terawih..

selamat pagi!

semenjak balik bercuti kat rumah ni, jarang-jarang je update.. syok sangat duk rumah, banyak aktiviti. jadi kemalasan menjelma dalam jiwa dan raga untuk update ni.hehe

em,macam mana puasa? okey ke tak? baju raya dah cukup? heee. em, kalau ikot kan nafsu, 10 pasang pun belum cukup lagi kan? jadi berpada-pada la dalam membeli..

Terawih pergi tak ni? hari ni, nak cerita sikit pasal bawak anak-anak pergi terawih ni. kanak-kanak sekarang ni nakal. beberapa malam ni, saya bawak la adik pergi terawih sekali. adik ni, kecik lagi. umurnya ada laa dalam 6 tahun. macam-macam kerenah dibuatnya. nak tau apa? jom kita cerite.

pada awal nak solat isyak tu, dia bangun solat sekali. bila imam baca Al-fatihah, sama kuat suara budak ni dengan imam. haha.. dalam hati ni, rasa geram jer, nak bagitau suruh dia senyap. lepas tu, waktu tengah solat, dia tanya pada saya tentang pergerakan atau perbuatan dalam solat tu macam mana.

"along, macam ni ke buatnya?" [dia bertanya sambil buat-buat perbuatan sepatutnya waktu tu]

kemudian, lepas solat tu, saya suruh dia senyap sikit. nanti nak solat terawih. habis beberapa rakaat tu, dia tanya berapa kali lagi nak kena sembahyang. saya jawabla 4 kali. dia jawab.. "em,, lamanya.. nak pergi main dulu la.."  saya pesan kat dia, jangan main kat luar. dia pun pergi la dengan kawan-kawan dia.

sebentar kemudian,,

kelihatan ada sesuatu yang bergerak di sebalik tabir di surau tu. kemudian, jelas kelihatan wajahnya dan rakannya sedang mengintai di bahagian muslimah... secara tiba-tiba ada makmum yang tergelak kerana melihat mimik mukanya yang amat melucukan. ishh,, rasa geram sudah menjelma dalam jiwa.. hehe.. apabila imam bagi salam, mereka [dia dan rakan-rakan]  segera beredar, kemudia kedengaran kuat suara mereka turut memberi salam.. aishhh... susah betul bawak kanak-kanak sekali ni. rasa tak tenang jiwa nak semayang. di biarkan takut mengganggu orang lain.

 lain kali, dah tak boleh bawak ini budak pergi solat sekali...anak atau adik-adik korang cam mana? hehe



3 comments :

  1. dya ikut makcik dya g teraweh bwk anak dia yg kecik sush nk teraweh..huhuh.asyik pegang kaki je

    ReplyDelete
  2. masa aiman kecik dulu, solat kurang .. main je lebih. tk pe lah .. nama pun bebudak, kann.

    ReplyDelete
  3. Masjid kat kampus gua de child care. parent datang anta kat situ. de akak-akak comel buatkan program sepanjang tarawih, cam tonton cte kartun islamic, main game dalam kumpulan dll. hoho.. n free of charge. pihak masjid sponsor.

    ReplyDelete