Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, December 9, 2012

MANA LAGI SENANG? JADI PEREMPUAN KE LELAKI?

Pendapat korang la kan,, mana lagi senang? jadi lelaki ke perempuan?

Kalau menurut pendapat aku, macam mana ek? mungkin perempuan complicated sikit, lelaki slumber jer. apa-apa pun okey jer.. hehe...

Tapi, bila di fikirkan la ye,, aku rasa lelaki ke, perempuan ke, sama jer. Cuma, ada part part yang jadi susah tu...

Kalau jadi lelaki,,

senang nak solat, tak perlu pakai telekung..
hal menutup aurat pun, lelaki ni simple jer..
pakaian tu tak perlu nak hias sana sini.
tak perlu nak rasa sakitnya beranak pun..hihi

tapi, mana yang susahnya?

Satu je jawapan aku.. hal hal tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap mak ayah, mak dan ayah mertua, saudara-saudara perempuan, bini, anak-anak, adik-adik.. kata orang, jaga diri sendiri ni lagi senang dari jaga diri orang lain. Kepala manusia ni, nampak je ada rambut yang sama hitamnya, tapi keras nya kepala tu lain-lain ye.... Nanti, dia orang yang bernama lelaki nih, nak kena jawab semua ni depan Tuhan. Tu hal tanggungjawab dari segi agama. Ni lelaki yang bila berkeluarga, kebanyakannya kalau waktu nak buat pinjaman beli kereta ke, rumah ke, semua atas kepala dia.. haaa,, korang yang bernama lelaki ni, belajar ler rajin-rajin. kerja bagus-bagus. ilmu agama jangan lupa.. Banyak yang perlu di persiapkan. Jangan sibuk duk komen perempuan yer.hehe

Kalau jadi perempuan pulak,,

  • nak solat kena pakai telekung.. kadang-kadang bila pergi mana-mana ada yang cakap berat & susah nak bawak telekung.. hehe
  • Menutup aurat pulak, kesemua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. ada yang cakap rimas...
  • Pakaian tu perlu lah ada hias sikit, bukan tabarruj yer.. kecuali untuk suami. Cuma di sini yang aku maksudkan macam pakaian tu, perlu lah terlalu di jaga biar nampak kemas dan sopan...
  • Perlu rasa sakitnya beranak lagi kan.. hehe.. tapi jangan lupa, setiap kali beranak tu terhapus lah dosa-dosa silam kita sebagai perempuan ni yer. insyaAllah.
  • Nak kena taat pada suami lagi..kan? susah ek? hehe.. tak tau laaa susah ke tak. hehe. tapi, kalau kita mampu taat pada mak ayah kita, why not kita belajar jugak taat pada suami. kan? (tak perlu nak cakap lebih. sendiri mau jaga k..)

susah ye,, jadi perempuan?
Yang senangnya mana?

  • Senang nak masuk syurga.. dalam Quran dan Hadis pun ada cakap hal ni. Tapi ramai perempuan di neraka berbanding lelaki. Em, jaga lah diri elok-elok k.. Doa banyak-banyak. Manusia mana tak pernah buat silap kan?hihi Just try to be better k.
  • Perempuan ni, perlu jaga diri sendiri jer. Maksud aku tak de tanggungjawab terhadap orang lain sebagaimana tanggungjawab seorang lelaki. kan? tapi, kadang-kadang kita kena latih diri jadi lebih bertanggungjawab terhadap apa pun k terutamanya diri sendiri.
  • Apa lagi yang senang? Mas Kawin tak yah bayar pun. hehe. 
Setakat ni,, tu je laa yang mampu aku senaraikan. Lelaki dan Perempuan ni,, sama jer.. Bukankah Allah swt itu Maha Adil? hehe..

Mesej penting...
Tak perlu lah Perempuan nak jadi lelaki dan lelaki pun nak jadi perempuan. Nanti, Nabi tak mengaku Umat pulak.. Berdosa tau...

1 comment :

  1. perempuan or lelaki, masing - masing ada tanggungjawab mereka tersendiri. Tak semua perkara mudah dekat dunia ni, apa yang penting doa dan usaha untuk membuatkan sesuatu itu berjalan dengan lancar. Insyallah =D

    ReplyDelete