Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, December 1, 2012

NIKAH KAWIN BUKAN PERKARA MUDAH

Sekarang ni aku tengok ramai remaja-remaja, belia semua ni bercita-cita untuk kahwin dengan jejaka idaman. Memang tidak di nafikan lah,, aku pun ada keingingan yang sama.. uhuk uhuk... dengan sape? Aku sendiri tak tau..

Tapi, satu perkara aku nak ingatkan, nak kongsikan dengan korang semua. Nikah atau Kahwin ni bukan perkara mudah. There's a lot of things you should know. Nikah ni,, satu tanggugjawab yang besar untuk kita pikul. Bukan untuk suka-suka, dan bukan untuk seronok-seronok ni. Kalau boleh, kita kahwin ni, biar la kekal sampai ke syurga. Ye dak?

Kalau rasa nak kahwin ni, fikir dulu, diri kita ni, dah siap sedia ke belum. Nak suruh aku buat check list ke? hehe. tak perlu lah. Aku sendiri tak sempurna pun. Tapi, kalau nak nikah ni, fikir-fikirlah dulu. Korang duk diam-diam, pandang diri korang sendiri, dah cukup ke, segala apa yang patut. Yang perempuan ni, kalau kain baju pun, mak lagi yang tolong basuh dan jemurkan, fikir-fikir la ek. Pinggang mangkuk lepas makan tu, kalau tak tau nak basuh, biar busuk sebulan, baru nak basuh agak-agaklah kan. Nantikan lepas nikah, mangkuk tu naik atas kepala korang. hehe.

Terlalu banyak nak di siapkan. Tapi, bila kita nak prepair? Aku rasa dari sekarang lah. Slowly, ajar diri kita semua untuk ringankan tulang, ringankan tangan untuk buat apa yang maka atau ayah kita buat. Walaupun kita tengok apa yang mak ayah kita buat tu mudah,, bila kita tak belajar dan tak pernah mencuba untuk buat perkara tu, percayalah, yang semua tu terlalu susah untuk kita lakukan Everything needs a practice.

Tanggugjawab tu penting. Kalau dah rasa tanggungjawab kita pada agama, pada mak ayah kita dah okey, kiranya, boleh lah kita memiliki orang seterusnya. Kerana isteri di bawah tanggungjawab suami. dan jagaan suami tu di bawah tanggungjawab isteri. Em,, jangan duk pikir gatai nak kahwin jer. Tapi ilmu kehidupan satu pun tak dak. kalau luar tu cantik, hensem, dalam pun mesti kemas k..

Jangan luar nampak cantik, tapi mandi sebulan sekali... bau pun dah kalah kambing. hehe.. sekadar gurauan.. Just to share~

2 comments :

  1. hehe. betul.

    kawen tak boleh ikot orang,

    tak perlu ikot musim.

    =)

    ReplyDelete
  2. sampai jodoh,nanti kita kahwin jugak...hehehehe...jodoh kan Allah yg tentukan...^_^

    ReplyDelete