Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, December 19, 2012

PESANAN BUAT MEREKA YANG BERCINTA

Sahabat yang ku kasihi
ku ukirkan sedikit pesanan buat kamu
dan pastinya pesanan ini juga buat diriku

Kepada mu sahabat
Pesanan ini tidak bermakna aku mengajak kamu ke alam cinta
namun semua ini fitrah
kadang kala ia hadir tanpa kita sedari
sudah pasti kita tidak mampu untuk membunuh fitrah ini

Disaat kamu mencintai seseorang
cintailah dia dengan se ikhlas hatimu
biarpun ikhlas itu sukar untuk kita menilainya                                        
Namun fahami lah diri dan hati mu
Adakah cinta itu ikhlas buatnya?

Jangan pernah kamu mencintai kerana rupa paras ciptaan Tuhan
Jangan pernah kamu mencintai kerana harta dunia
Kerana semua itu hanya mainan sementara buat kamu
Harta dan rupa tidak akan kekal
Semua itu mampu untuk berubah seiring dengan waktu

Jika kamu ingin bercinta,
Bercintalah dengan niat untuk berkahwin
Bercintalah untuk masa depan yang cerah
Bercintalah seperti seorang manusia biasa
Yang punyai kehidupan lainnya
Tidak hanya sentiasa bersama apa yang kamu cintai

Hargailah masa-masa yang ada
Jangan terlalu di gunakan setiap masa yang ada itu bersama insan yang kamu cintai
Tanggungjawab mu masih banyak terhadap perkara lainnya
Tetapi banyakkan doa
Ikhlaskan hatimu dalam berdoa
Agar cinta mu itu terus kekal untuk selamanya

Jangan terus mendesak insan yang kamu cintai dengan sesuatu yang tidak di sukainya
sebaliknya perbanyakkan tahajud mu
perbanyakkan doa mu
dekatkan dirimu padaNya
kerana Dia pemilik hati setiap manusia
yang mampu menggerakkan dan memegang hati hambaNya
Tapi ingatlah, tahajudmu itu adalah kerana Nya
bukan kerana dia yang kamu cinta
dan bukan pula kerana apa yang kamu ingikan

Berharaplah pada Nya
Agar kamu tidak kecewa
Jika kamu berharap pada manusia
dugaan yang melanda pasti membuatkan mu patah hati
seperti yang ku katakan, berharaplah padanya
kerana air matamu di dalam doa-doa seharian pasti bermakna buatNya

Walau terlalu banyak dosa kita padaNya
Jangan pernah lupa padaNya
DIA lah Maha Pengampun

Sehingga di sini pesananku
Ku menutup bicara
Semoga ada manfaat
yang mampu kamu singkapkan
dari setiap tulisan ini.

3 comments :