Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, March 27, 2013

RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBAHKAN PERKAHWINAN

Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Ni bertunang ke apa ni?

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.

Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.


Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?

Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.

Yang patut dihebahkan ialah Majlis Perkahwinan.

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Alaaaa.... Saya tak tahu..". Tak tahu nak buat macam mana. Benda dah lepas. Bagi yang belum bertunang tu, lepas ni tak payah kecoh sangat kalau bertunang. Termasuk aku! Biar setakat keluarga kedua belah pihak saja yang tahu. Tapi, yang jadi masalahnya sekarang ni, baru couple pun dah kecoh. Haishh...

ARTIKEL INI DI COPY & PASTE UNTUK TUJUAN PERKONGSIAN ILMU.

 Photo: Rahsiakan Pertunangan.. Hebahkan Perkahwinan..

Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Ni bertunang ke apa ni?

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.

Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.


Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?

Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.

Yang patut dihebahkan ialah Majlis Perkahwinan.

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Alaaaa.... Saya tak tahu..". Tak tahu nak buat macam mana. Benda dah lepas. Bagi yang belum bertunang tu, lepas ni tak payah kecoh sangat kalau bertunang. Termasuk aku! Biar setakat keluarga kedua belah pihak saja yang tahu. Tapi, yang jadi masalahnya sekarang ni, baru couple pun dah kecoh. Haishh...

NOTA KEHIDUPAN: BERGERAK MENCARI REDHA ILAHI

Terkadang kita lupa apakah tujuan sebenar hidup kita ini dan di manakah akan berakhirnya hidup kita ini. Semakin hari semakin jauh kita dari Allah swt dan tidak kurang juga mereka yang bergerak mencari Allah, mendekat kepada NYA. Hal ini semua berlaku kerana kita hanya hamba Allah yang semuanya sedang di uji dengan keseronokan dunia. Hanya segelintir yang menyedari dirinya sebagai hamba akan berusaha untuk merubah diri menjadi hamba yang terbaik.

Namun, apakah tujuan sebenar kita di hidupkan? Kadang-kadang saya terlupa, apakah tujuan hidup ini terutamanya apabila di uji dengan kesedihan, kekecewaan. Kadang-kadang saya merasa ingin berputus asa dan tertanya-tanya, kenapa ‘Ya Allah, Engkau duga kan aku sebegini?’. Adakalanya, saya termenung sejenak, memikirkan tentang hidup saya yang adakalanya bahagia dan adakalanya kecewa. Dari kehidupan ini, ada sesuatu yang saya belajar iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap apa yang saya lakukan. 

Apabila kita inginkan redha Allah, yang paling utamanya, haruslah kita redha dengan apa yang Allah berikan pada kita. Memang terlalu sukar untuk kita redha dengan apa yang berlaku terutamanya apabila melibatkan perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi yang negative ini. Saya juga pernah melalui situasi ini. Kadang-kadang terasa perit. Namun, ada satu perkara yang harus kita persiapkan agar diri kita ini mampu untuk redha dengan apa yang berlaku. Apa dia?

Jawabnya adalah, percaya kepada Allah SWT. Inilah perkara yang paling penting yang harus kita pupuk dalam diri kita. Jika bersedih, percayalah pada Allah yang di setiap kesedihan itu pasti akan di sertakan dengan kebahagiaan dan di setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.  Perkara ini harus untuk kita aturkan dengan rapi dalam pemikiran kita dan juga sanubari. Agar kita mampu untuk sentiasa redha dengan setiap kurniaan Allah.

 

Aturkan lah setiap langkah kita itu dengan baik. Pastikan setiap tingkah kita itu adalah hanya untuk mendapatkan redha Allah. Niat lah begitu dalam hati kita. Apabila tersematnya niat sebegitu, insyaAllah apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk, kita masih lagi punyai rasa ketenangan dalam melaluinya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Ramau yang lupa tentang hal ini termasuklah diri saya juga yang terkadang lupa. Namun, renunglah sejenak, ingatkan kembali pada diri kita tentang kehidupan ini hanyalah sementara. Seronoknya tidak berkekalan. Yang penting, berusahalah menjadi hamba yang terbaik. Walaupun pernah kita melakukan dosa penuh se isi bumi ini, peluang untuk menjadi yang terbaik itu selalu ada. Marilah kita berubah dan sentiasa bergerak mencari redha Allah. Kerana itu lah tujuan utama hidup ini. Bergeraklah kita, mencari redha Ilahi.

Saturday, March 9, 2013

APABILA CINTA DI TOLAK atau PUTUS CINTA



"CINTA DI TOLAK atau PUTUS CINTA"

Istilah ini sering kita dengar bukan? Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui saat-saat ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini muncul disanubari. Memang ianya tidak dapat dinafikan. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti "mayat hidup". Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya? Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling yang memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit dan perit itu kian terasa. Betul kan? Ya, saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DI TOLAK? itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian. Mengapa Dia anugerahkan semua ini buat kita? Hanya satu jawapannya. 

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon. Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini. 

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Apakah maksud ‘cinta’ yang kita terapkan dalam jiwa kita ini? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti saya ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga Ilahi. Mustahil jika kita menyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada dasarnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.
Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri? Dan ada juga yang sanggup merubah keadaan jantina masing-masing. Untuk apa kita lakukan semua itu? Kita punya agama dan kita hidup bertuhan. 

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cinta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah? Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak di uji? 

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita. Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomoh melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru. 

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, maka bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih. Justeru, jadikan bahan bacaan itu sebagai satu inspirasi untuk kita bangun dan berjuang untuk kehidupan ini.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasa untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya juga pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan bersedih itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati. Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan. Sedih dan kecewa itu perkara biasa untuk kita sebagai manusia. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu "KEIKHLASAN". Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu "sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya". Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah. 

Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua'llam. Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga.Jadisama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Talaq ayat 2-3.



















Friday, March 8, 2013

SAAT DIRI DI UJI

Saat di uji, ramai yang tersungkur, rebah dan tak mampu nak bangun. Ramai yang tercari-cari di mana penyelesaiannya. Mungkin ada yang tidak tahu di mana untuk kita berpaut dan bergantung. Sesetengah pihak membiarkan dirinya hanyut di dunia ini di ibaratkan seperti diri ini telah dihanyutkan arus sungai tanpa tempat pergantungan yang akhirnya membuatkan diri kita lemas pada akhirnya. 

Ada pula yang ketika di uji, mereka berputus asa, tiada apa yang dilakukan melainkan meratapi kesedihan dan musibah yang di timpakan.

Tidak salah untuk kita bersedih dan menangis. Menangis lah, bersedihlah. Anda dipersilakan untuk itu. tapi, apa daya yang anda masukkan dalam diri agar hati dapat menjadi lebih tenang?

Di sinilah kita perlu mengorak langkah, membina jati diri sebagai seorang muslim. Saya dan rakan pembaca sekalian adalah sama sahaja. Sentiasa lemah dan kekadang terasa seperti hidup ni terseksa sangat. kadang-kadang kita lupa dan leka bahawa kita punya Allah swt. Di sinilah tempat untuk kita bergantung. Buat solat taubat dan solat sunat lainnya. banyakkan berdoa. 

Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Dia nak dengar rintihan kita pada Dia. Dia nak dengar kita mengadu. Di sinilah tempat untuk kita bergantung dan berpaut. Kita perlu berusaha, memaksa diri untuk bangun.

Sekarang ini, semua orang bercita-cita untuk ke syurga. dan dalam surah al-ankabut ayat 2 menceritakan bahawa patutkah setiap manusia itu mengakui diri mereka beriman sedangkan mereka tidak di uji? Allah tidak pernah memungkiri apa yang di katakan. Kita sebagai hamba, harus berusaha untuk meningkatkan iman. Mustahil orang yang nak ke syurgaNya adalah orang yang lemah. sedangkan nikmat di syurga itu melebihi nikmat di dunia ini. kan? 

kita seharusnya bersyukur kerana Allah lahirkan kita dalam agama Islam. Nikmat yang terbesar yang harus kita rasakan adalah apabila Allah swt adalah Tuhan buat kita. Itu nikmat terbesar yang harus kita syukuri.

Semoga kita sama-sama muhasabah diri, tingkatkan iman. dan yang penting ikhlas lah dalam kehidupan kita. lakukan apa saje hanya kerana Allah. Hanya kerana untuk dapatkan keredhaan Allah.. bukan untuk manusia, bukan untuk di sayangi atau dikasihi sesama manusia. Kemudian dari situ kita akan jumpa satu ketenangan.. InsyaAllah...