Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, March 8, 2013

SAAT DIRI DI UJI

Saat di uji, ramai yang tersungkur, rebah dan tak mampu nak bangun. Ramai yang tercari-cari di mana penyelesaiannya. Mungkin ada yang tidak tahu di mana untuk kita berpaut dan bergantung. Sesetengah pihak membiarkan dirinya hanyut di dunia ini di ibaratkan seperti diri ini telah dihanyutkan arus sungai tanpa tempat pergantungan yang akhirnya membuatkan diri kita lemas pada akhirnya. 

Ada pula yang ketika di uji, mereka berputus asa, tiada apa yang dilakukan melainkan meratapi kesedihan dan musibah yang di timpakan.

Tidak salah untuk kita bersedih dan menangis. Menangis lah, bersedihlah. Anda dipersilakan untuk itu. tapi, apa daya yang anda masukkan dalam diri agar hati dapat menjadi lebih tenang?

Di sinilah kita perlu mengorak langkah, membina jati diri sebagai seorang muslim. Saya dan rakan pembaca sekalian adalah sama sahaja. Sentiasa lemah dan kekadang terasa seperti hidup ni terseksa sangat. kadang-kadang kita lupa dan leka bahawa kita punya Allah swt. Di sinilah tempat untuk kita bergantung. Buat solat taubat dan solat sunat lainnya. banyakkan berdoa. 

Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Dia nak dengar rintihan kita pada Dia. Dia nak dengar kita mengadu. Di sinilah tempat untuk kita bergantung dan berpaut. Kita perlu berusaha, memaksa diri untuk bangun.

Sekarang ini, semua orang bercita-cita untuk ke syurga. dan dalam surah al-ankabut ayat 2 menceritakan bahawa patutkah setiap manusia itu mengakui diri mereka beriman sedangkan mereka tidak di uji? Allah tidak pernah memungkiri apa yang di katakan. Kita sebagai hamba, harus berusaha untuk meningkatkan iman. Mustahil orang yang nak ke syurgaNya adalah orang yang lemah. sedangkan nikmat di syurga itu melebihi nikmat di dunia ini. kan? 

kita seharusnya bersyukur kerana Allah lahirkan kita dalam agama Islam. Nikmat yang terbesar yang harus kita rasakan adalah apabila Allah swt adalah Tuhan buat kita. Itu nikmat terbesar yang harus kita syukuri.

Semoga kita sama-sama muhasabah diri, tingkatkan iman. dan yang penting ikhlas lah dalam kehidupan kita. lakukan apa saje hanya kerana Allah. Hanya kerana untuk dapatkan keredhaan Allah.. bukan untuk manusia, bukan untuk di sayangi atau dikasihi sesama manusia. Kemudian dari situ kita akan jumpa satu ketenangan.. InsyaAllah...

1 comment :

  1. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

    Tahniah atas artikel ini, keep it up =)

    ReplyDelete