Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, April 30, 2013

PANDANGAN ORANG vs PANDANGAN SENDIRI

Okeyh, hari ni saya nak cakap sikit pasal pandangan orang lain terhadap diri kita dan pandangan diri kita sendiri terhadap diri kita. Dua aspek ini pasti ada perbezaannya. Tapi, mana yang perlu kita beri perhatian yang lebih? Mana yang harus kita biarkan dan mana yang harus kita ambik?

Sebenarnya, sesuatu yang kita lakukan itu, hanyalah diri kita dan Allah sahaja yang tahu. Apa niat kita, apa tujuan dan matlamat kita. Itu semua hanya Allah yang tahu. Orang di luar sana, mereka hanya tahu memberi pandangan mereka tanpa mereka tahu tentang hati kita. Sebab itu kadang-kadang akan berlakunya salah faham. Mungkin adakalanya kita cuba terangkan apa niat kita, tujuan kita, namun kita gagal menunjukkan apa yang sebenarnya niat dan tujuan kita. Walhal penerangan kita itu menjadi sesuatu yang sia-sia atau yang lebih teruk akan menyebabkan satu pertelingkahan yang teramat besar. Kadang-kadang bila difikirkan dah tak ada jalan nak selesaikannya. Buntu!

Ada yang termenung, nasi tak makan, kerja tak buat, tanggungjawab di abaikan. Kenapa? Kerana kata-kata orang lain itu, membuat kita rebah, membuat kita terlalu memikirkannya. Adakah ini satu tindakan yang baik untuk kita? Kerana pandangan orang, kita rebah tanpa bangkit. Sedangkan kehidupan ini adalah satu perjuangan yang memerlukan usaha tanpa henti.. Hurm?

Sahabat dan saudara/i pembaca yang saya kasihi, kebanyakan daripada individu yang menilai kita itu, adalah berdasarkan golongan majoriti. Sebagai contoh, kita buat sesuatu yang lebih kurang sama dengan  satu golongan individu lain. Jadi individu yang menilai ini, akan menilai apa yang kita buat itu, sama dengan orang lain. Walhal, jika diteliti, apa yang kita buat itu ada bezanya dengan golongan individu lain. Niat dan tujuan kita juga berbeza. Disebabkan pandangan mereka terhadap golongan yang majoriti ini adalah negatif, maka mereka mengandaikan bahawa semua orang yang melakukan perkara yang sama juga adalah negatif. Sedangkan setiap orang itu berbeza.

Jadi, wajarkah kita rebah kerana pandangan negatif orang lain pada kita? Kita cubalah tingkatkan diri kita dan nilailah apa yang kita buat. Jika salah kita betulkan. Jika kita yakin dengan apa yang kita buat itu, diredhai Allah, maka teruskanlah. Jangan disebabkan pandangan orang kita rebah tanpa bangkit.. Ingat tu!

Dan kepada mereka yang menilai, ingatlah setiap orang itu ada perbezaannya. Mungkin asasnya lain. Mungkin ada yang melakukan sesuatu berasaskan niat yang buruk dan ada yang berasaskan sesuatu yang baik. Wajarkah kita menilai seseorang hanya dengan keburukan sahaja? Sehingga ada yang maki, hina. Hey,, siapa kita? Jangan menghukum sesama manusia. Kalau ada silap, tegurlah dengan cara baik, dengarlah hujah nya. Okeyh?


No comments :

Post a Comment