Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, April 10, 2013

UJIAN & DUGAAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

Ramai yang sedih bila di uji. Kadang-kadang terasa diri sangat hina, dan ada yang cakap yang Allah tak sayang pada kita. Saya juga pernah merasakan semua ini. Kadang-kadang rasa marah sangat pada diri sendiri. Rasa diri ni macam tak berguna. 

Anda pernah rasakan semua ni?

Mungkin sebahagian dari kita ada yang merasakan semua ini. 

Namun, satu sikap yang selalu di tanam dalam diri manusia itu adalah sifat negatif dan cukup mudah untuk berputus asa. Apabila di uji, kita tertanya-tanya kenapa di uji sebigini? Kita menyatakan yang kita tidak kuat. 

Walhal, jika kita bersabar, posotifkan minda kita, insyaAllah semuanya akan berubah. Apabila kita positif, cara hidup kita akan berubah. Saya sudah pun mempraktikkan hal ini dalam diri saya.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana untuk mengubah pemikiran dan sikap kita yang negatif itu?

Pertama, lihatlah setiap masalah itu adalah satu titik tolak yang akan menggerakkan diri kita kepada satu tindakan yang baru. Bergantung haraplah sepenuhnya kepada Allah. Set kan, dalam minda kita yang Allah sedang menetapkan yang terbaik untuk kita dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Apabila kita bergantung pada Allah, insyaAllah setiap perkara yang kita lakukan, akan menjadi mudah. Walaupun, kemudahan itu kita tidak pernah menyangka.

Sebagai contoh, apabila kita hadapi satu masalah, kita rasakan yang kita tak dapat nak selesaikan hal itu. Saat ini, cuba kuatkan diri, untuk terus bergantung pada Allah. Sampai saatnya, akan ada satu penyelesaian yang kita sendiri tidak pernah terfikir pun.

Dari situ, kita akan belajar bahawa ujian dan dugaan yang melanda  kita itu telah mengajar kita untuk lebih dekat pada Allah dan dari semua kesulitan ini, kita akan lebih mengenali Allah swt. InsyaAllah. 

Setiap hari, dalam kehidupan kita, sama-sama lah kita bina peribadi yang lebih baik. Apabila di uji dan di duga, ingatlah bahawa kita di uji adalah kerana Allah sayangkan kita. Yang penting jangan cepat putus asa k!

1 comment :

  1. http://eyrrazerra.blogspot.com/2013/04/segmen-cerita-saya-paling-ohsem-by.html

    Mari join segmen yang Eyrra buat ni... Jom menjadi pengarah filem dalam segmen Eyrra ni.. Buat entry yang ringkas n padat jalan ceritanya... Mari mari mencuba... siapa kah cerita yang paling ohsem antara-antara blogger yang join segmen Eyrra ni...

    ReplyDelete