Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, February 5, 2014

KETIKA HATI JAUH DARI TUHAN

Ketika hati jauh dari Allah, jujur saya katakan, itu satu perkara yang buat diri ini gelisah. Semua perkara seakan tidak kena. Hati terus merintih dan berusaha mendekati-Nya.

Hidup ini seakan satu titian. Di atas nya terdapat pelbagai halangan. Ada kalanya kita rebah dan adakalanya kita berjaya mencapai sesuatu yang mampu membawa sinar mentari dalam hidup kita. 

Begitu juga dengan Iman. Adakalanya menaik dan adakalanya menurun. Namun, walau apa pun keadaan itu, tetaplah di hati untuk terus bangkit. Meneruskan titian itu. Walaupun titi yang terdampar itu teramat halus dan mungkin tidak kuat.

Namun, dengan kekuatan hati dan kepercayaan pada yang Maha Esa, kita akan mampu untuk menerobos segala halangan di hadapan. Mungkin juga berkali-kali percubaan yang harus kita lakukan.

Tapi, percayalah, ketika hati terasa jauh dari Tuhan, dengan usaha dan nekad untuk kembali mendekatinya, Dia akan berlari menuju ke arah kita.


No comments :

Post a Comment