Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, June 27, 2014

Hari Ini Mungkin Ku Jatuh

Hari ini mungkin hari yang menjatuhkan saya. Ramai mereka di sini sana, menunding jari ke arah saya. Menyalahkan diri. Ada waktunya, saya merasakan sudah berputus asa. Sudah muak dengan kerenah insan di sekeliling.

Tapi, bila di renungkan kembali, inilah kehidupan. Kehidupan tanpa cabaran bukan kehidupan sebenar namanya. Di setiap cabaran dan masalah, saya harus bangkit walaupun agak sukar. Mungkin kesilapan itu, juga ada di pihak saya. Mungkin juga ada kesilapan di pihak mereka. Tetapi, untuk apa saya berfikir panjang dan berdebat dengan insan-insan yang sudah memandang diri saya ini pesalah terbesar asia tenggara? huhuh

Jadi sebaiknya, saya memohon maaf saja pada mereka. Kita ini di ciptakan bukan sebagai malaikat. Tetapi sebagai manusia yang mana diri kita ini tidak akan pernah terpisah dengan kesilapan. Iye kan?

Kesilapan itu lah yang menjadi pembelajaran untuk kita. Oleh itu, saya memilih hari kejatuhan semangat saya ini bukanlah hari yang akan membuatkan saya tidak akan pernah bangkit. Tapi, hari kejatuhan ini, hari di mana ada individu yang membicarakan sesuatu yang menyalahkan diri saya ini, sebagai titik tolak untuk saya bangkit.

Ambil saje apa kata mereka. Sama ada mereka menggunakan bahasa yang baik atau buruk, saya akan terima. Kata-kata itu, saya jadikan inspirasi ataupun panduan untuk saya bangkit membina sebuah kehidupan yang lebih baik.

Biarlah apa kata orang lain terhadap kita. Yang penting, tidak perlu kita membalas dengan kekerasan. Andai itu berlaku, bermakna, sama sahaja kita dan mereka. 

Kehidupan ini ada tujuannya. Kehidupan ini untuk beribadat. Apa pun kata orang pada kita, tetaplah kita berusaha mencari redha Allah. Mengadu pada DIA. Kerana hanya Allah yang tahu niat kita dan apa yang terbuku di hati kita.

Dan diri kita ini, tidaklah sentiasa betul. Maka jangan pernah berhenti untuk meperbaiki diri. Jangan pernah berhenti hingga ke hujung nyawa.

p/s : Jangan kita menjadi orang yang menjatuhkan insan lain. Yang menunding jari pada mereka atas sesebuah kesilapan. Tetapi, perhatikan diri kita. Salahkan diri kita lebih dari kita menyalahkan orang lain. Ingat! Orang yang merasakan diri mereka betul 100% bukanlah mereka sememangnya betul 100%.


1 comment :