Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, June 20, 2014

Khilaf Dan Manusia Tidak Dapat Di Pisahkan

Khilaf dan manusia itu tidak dapat di pisahkan. Semua insan yang hidup di dunia ini akan melakukan. kesilapan. Tidak akan ada yang terkecuali. Yang berbezanya, bagaimana untuk kita perbaiki kesilapan itu.

Itulah yang harus kita fikir. Kadang-kadang saya banyak termenung akan hal ini dan bagaimana untuk perbetulkan diri. Tak kurang juga kesedihan yang melanda hati di saat kita buat kesilapan-kesilapan tertentu. Apa lagi, jika orang itu mengutuk kita. Mencaci kita. Dan tak kurang juga yang membuang kita. Kadang-kadang semua ini berlaku hanya kerana perselisihan fahaman.

Saat berlakunya hal sebegini, kita pasti akan tertunduk kecewa. Ada sebahagian pula yang kekal dengan ketegasannya mempertahankan diri mereka. 

Di saat berlakunya hal sebegini, saya memilih untuk merenung sejenak. Mencari kekuatan untuk terus perbaiki diri. Mengharap diri untuk tidak terjatuh tanpa bangkit.

Ya. Khilaf dan manusia itu mana mungkin akan terpisah. Kerana fitrah kejadian manusia adalah melakukan perkara yang betul dan salah.

Ada juga manusia yang tidak menyedari kesilapan mereka. Merasakan diri mereka itu kekal betul. Oleh itu, kita harus terus muhasabah diri. 

Dan andai berlaku sesuatu kesilapan, maka janganlah salahkan diri orang lain. Sebaiknya, salahkan lah diri kita. Mohon sahaja maaf pada mereka. Jadilah orang yang mintak maaf dan memaafkan.

Kemudian, berbalik lah pada Allah swt. Mengadu pada-Nya. Bertaubat. Mohon keampunan dari-Nya.

Jangan sesekali kecewa sehingga kita tidak bangkit. Ada juga yang kecewa kerana diri mereka, ada orang yang tidak suka. Saya juga pernah merasakan seperti itu. Tetapi, bila di fikirkan, tidak akan ada manusia di mana semua orang suka pada mereka. Manusia itu lemah. Nabi Muhammad saw, insan yang mulia di sisi Allah Azza wajalla sekalipun, akan ada mereka yang tidak suka. Apa lagi, orang se lemah kita.

Andai orang lain, mencaci kita, membuang kita, mengutuk kita, maka jangan lah kita membalas mereka dengan perbuatan yang sama. Jika kita melakukan semua itu, maka tiada bezanya antara kita dengan nya. Pernah seorang murabbi saya berpesan ber ulang kali kepada saya. "Tidak semua orang akan suka pada kita. Dan tidak semua orang akan punya perasaan tidak suka pada kita".

Jangan kita sedih keterlaluan anda ada khilaf kita. Sebaiknya, perbaikilah diri. Bertaubat pada Allah swt. Iye kan?

p/s : Hidup ini penuh ujian dan dugaan. Maka, bergantung haraplah pada Allah. Sesungguhnya, DIA akan memberi yang terbaik untuk kita. Allah itu selalu ada.. Semoga entri ini dapat buat diri kita kekal senyum..


No comments :

Post a Comment