Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, June 21, 2014

Susah Mencari Sahabat Yang Ikhlas

Angin pantai menghembus pipi. Membuatkan selendang melitupi itu, terkesan dek angin menghembus. Pandangan lautan itu menjamah anak mata. Indah sungguh ciptaan Ilahi. Tiada lain mampu menandingi-NYA.  Hebat. Kagum. Fikiran ini  terus merenung waktu lalu.

Cukup sukar untuk kita menemukan seorang sahabat yang benar-benar ikhlas bersama kita. Namun, pada siapa harus di persalahkan? Di saat kita benar-benar ikhlas bersahabat dengan seseorang, tiba-tiba, kita mengetahui niat sebenar mereka itu bersahabat dengan kita. Rupanya, bukan lah se ikhlasnya melainkan ada niat dan sebab yang tersembunyi. Di saat itu, hati akan terkilan. Air mata akan mencucuri membasah pipi.

Merenung sejenak. Inilah kehidupan.  Setiap manusia akan di uji. Allah baru sahaja menjentik sedikit sahaja hati ini. Tetapi, air mata sudah mampu membasahi ruangan yang ada. Jiwa lembik. Semangat tidak kental.

Di tambah pula, kata-kata sahabat yang mengguris hati. Maka di mana harus di cari kekuatan itu? Tidak lain tidak bukan. Hanya pada ALLAH swt. 

Setiap kata-kata sahabat itu, berlaku dengan izinNYA. Maka ambil lah yang positifnya. Untuk di jadikan panduan membaiki diri. Jangka hayat kehidupan ini sudah hampir ke penghujungnya. Sudah tiada masa berlengah dengan halangan yang ada di laluan. Harus cepat-cepat saya membuang semua halangan ini. Tidak perlu saya terduduk di sini. Tanpa bangkit.

Sekarang ini, untuk mencari seorang sahabat yang tinggi ilmunya, yang mampu berkongsi semuanya dengan kita itu telah berkurang. Apatah lagi yang dapat menerima kekurangan kita yang tidak terkira banyaknya. Hanya yang ada ketika senang. Tetapi, saat kita terkapai-kapai mencari jawapan pada persoalan, mereka malah meninggalkan kita. 

Inilah ujian. Ujian pada keikhlasan yang kita cipta di saat penyambungan silaturrahim itu.

p/s: Jangan berharap untuk orang menjadi sahabat yang hebat untuk kita. Sebaliknya, jadilah sahabat yang hebat untuk orang lain. Yang menerima segala baik buruk mereka. Yang membimbing dan di bimbing. Kerana untuk membawa persahabatan itu hingga ke syurga, takkan pernah mudah. kerana terdapat pelbagai halangan di perjalanan itu. 


No comments :

Post a Comment