Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, September 21, 2014

Hidup Hanya Sementara.

Tiada hidup yang akan berlama lama di dunia ini. Melainkan semuanya akan pergi menghadap Dia. Tapi, masih ramai yang tidak menyedari akan itu. Siapakah mereka? Sama ada kau atau pun aku. Mungkin keduanya juga.

Kadang kadang aku juga tidak sedar. Leka dengan buaian dunia. Sungguh enak ayunannya. Buat aku di awangan. Di tambah pula dengan hembusan bayu menyentuh kulit pipi nan gebu. Buat mata hampir kuyu. Seturunnya dari buaian, perjalanan masih lagi huyun. Seperti Cina mabuk.

Itulah kadang kadang aku. Mungkin juga kau. Kau dan aku harus sedar dunia ini hanya sementara. Di ibaratkan satu tapak transit. Kerana masih ada stesen lain yang kita akan tempuhi. Aku hari ini tidak tahu ke manakah aku pada akhirnya. Tapi aku punya keinginan dan impian menggunung. 

Aku pasti kau juga sama impian dengan ku. Untuk berada di sisi Nabi saw. Berada di syurga abadi. Ahah!!

Merenung sejanak! Layakkah aku?! Apa amal ku? Apakah aku layak untuk di syurga Mu Ya Rabb? Allahurabbi...

Kau nak cakap air mata kau menitis bila teringat hal itu? Kau ingat kau sorang yang runsing? 

Jika kau lihat hari ini, berapa ramai para alim? Mungkin amal mereka lebih banyak dari kau. Kau pening! Rasa ingin mengadu! Namun pada siapa? Jawabnya pada Dia. 

Aku sudah tidak ingin melihat diri ku di buaian itu. Buaian itu menyeronokkan. Tapi perit akhirnya. Maka pulanglah wahai insan. Pulang pada pemilik jiwa kau dan aku. Please. Kutip balik hasrat, niat dan impian kau yang dah lama tercicir. Itu kerana dunia hanya sementara.

Manusia Dan Kesilapan

Manusia dan kesilapan. Itu memang tidak pernah dapat dipisahkan. Kita semua ini pernah melakukan kesilapan.  Dan tiada satu pun  yang terkecuali. Justeru, jangan pernah merasa diri lebih baik.
Aku dan kau semuanya sama sahaja. Manusia yang lemah. Tak pernah dari buat silap. Namun, ada yang membezakan. Berubah.

Tidak semua orang yang ingin berubah, bertaubat dari kesilapan yang pernah mereka lakukan. Hanya segelintir.

Hari ni, marilah kita sama sama berubah ke arah kebaikan. Kalau kau fikir tentang persepsi orang terhadap kau, aku pun fikir. Tapi bukan cakap mereka yang tentukan kita ke syurga atau neraka lepas ni. Biarlah hati sakit mendengar suara sumbang mereka.
Apa yang penting, redha DIA yang di atas sana yang kita fikir. Ok! Senyum..


Friday, September 19, 2014

Bila Diri Terasa Soleh Dan Solehah

Bila diri terasa soleh dan solehah. Pernah ke korang rasa diri korang baik? Pernah ke rasa soleh dan solehah?  Pernah ke rasa korang tak layak berkawan dengan orang luar sana oleh kerana korang salah sorang budak usrah?

Pernahkah? 

Kalau pernah, itu penyakit yang merbahaya yang sedang menular dalam diri korang. Penyakit tu lama-lama boleh jadi barah yang dalam diam akan memakan dan memusnahkan sel-sel sihat yang ada dalam diri korang. Kenapa?

Bila semua tu korang rasakan ada dalam diri, sedikit demi sedikit korang mula lah nak riak, nak pandang serong pada budak-budak yang tak ikut usrah. Waktu tu jugak mula lah nak berlagak pandai. Berhujah tentang agama yang korang perasan koranglah yang paling tahu.  Apa koranh ingat, orang lain tak sekolah ke? Korang pernah ke tahu orang tu lebih hebat ilmu nya, taubatnya, amalnya dan akhlaknya. Pernah ke korang tengok waktu dia menuntut ilmu? 

Korang kena ingat, kadang kadang orang hebat ni, diaorang tak tunjuk pun hebatnya diri. Diaorang akan lebih baanyak mendengar dan bertanya. 

Korang yang rasa diri lebih baik, soleh dan solehah ni, sedang berada dalam keadaan yang melemahkan. Semua tu harus diperbaiki. Siapa nak baiki? Kau ler! 

Pandang lah ke langit. Lihatlah indahnya langit ciptaan Ilahi. Tanya pada diri, apakah aku pernah merasakan semua ini?

Ingatlah. Penilaian Allah swt jualah yang akan menentukan ke syurga atau neraka kah kita. Ingat! Wohaaa!!!

Monday, September 15, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari Ke-15 | Surat Untuk Seseorang.

Surat untuk seseorang? Cabaran kali ni, aku perlu tulis surat untuk seseorang. Tak tau lah aku nak cedok idea dari mana. huhu. Tapi, InsyaAllah. I'm trying my best.

Jadi sekarang aku akan reka satu surat untuk bakal suami. Harapnya aku sempat bernikah dengan bakal suami aku tu di dunia nih dan kekal hingga syurga. Amiin.. 

Sorry kalau isinya terlalu membosankan. Aku bukanlah orang yang mempunyai jiwa penuh bunga untuk aku taburi dalam surat ni agar ia kelihatan manis dan indah. Cukuplah hanya berbekalkan kepala otak yang tidak berhenti berusaha dan sekeping hati yang mana akan di hiasi keikhlasan. Lillahita a'aala.
******

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahummasollia'la saidina Muhammad wa a'la aalii saidina Muhammad

Assalamualaikum wbt.
Buatmu, bakal suamiku. Semoga kamu kini berada dalam keadaan baik, di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa. Aku kini tidak pernah tahu apa yang sedang kamu lakukan di saat ini. Aku berharap agar kamu sentiasa menjaga kepala, mata, hidung, mulut, telinga, badan, tangan, HATI, jantung, buah pinggang, perut seterusnya peha, betis dan kaki. Kemudian kuku, tulang, rambut dan segala bulu yang ada. Aku berharap agar kamu menjaga semua itu dengan baik. Maaf andai ada yang tidak aku sebut di situ. Tapi, tetaplah kamu untuk menjaganya, apa yang dah tertulis ataupun tidak.

Kamu tahu kenapa perkataan HATI itu aku biarkan ianya berbeza dari perkataan lainnya. Kamu lihat hurufnya tiada satu pun yang kecil di situ. Itu kerana aku ingin kamu tahu bahawa HATI itu, harus kamu jaga dengan keseriusan yang amat tinggi. HATI ibarat raja. Apabila baik HATI mu, maka baik lah kesemua yang ada pada mu. Maka dengan itu, mampulah kamu untuk mentadbir akal, roh, nafsu, iman, dan akhlak kamu dengan baik. Ramai yang tidak nampak aset itu. Yang tersembunyi di setiap dada manusia.

Hari ini, aku ingin kamu nampak. Hati itu bukan untuk kamu isi dengan cinta, pujaan, rinduan hanya kepada aku dengan besar dan hebatnya. Namun, hati itu untuk kamu isi dengan cinta pada DIA yang maha Agung.

Hargailah nyawa yang DIA beri pada kamu. Jangan kamu sia-siakan. Begitu juga dengan waktu, rezeki dan peluang. Di saat kamu risau pada sesuatu, kamu ada satu senjata yang terhebat iaitu DOA. Maka kamu gunakanlah.

Buat masa ini, aku tidak mengenali kamu sepenuhnya. Ambilah waktu yang ada untuk kamu isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Agar semua itu dapat kamu gunakan untuk memimpin diri kamu. Seterusnya memimpin aku dan anak-anak kita nanti. Bimbinglah hati kamu. Agar hati itu sentiasa merindui Allah azzawajalla dan Muhammad saw.

Aku rasa tiada apa lagi yang hendak aku sampaikan buat masa ini. Cukuplah sekadar itu. Semoga cinta ini bersatu di saat semuanya halal bagi kita bersama redha Ilahi. Wassalam.

15.27

Sunday, September 14, 2014

Kenapa Aku Menulis?

Kenapa aku menulis?

Ada yang bertanya. Kadang2 rasa jugak diaorang nih 'busy body'. heheh. Jangan risau aku gurau jer.

Meh sini nak citer. 

Aku sebenarnya bukan reti sangat menulis. Tapi aku minat. Jadi aku cuba jugak menulis. Cuba dan terus cuba. Sama ada tulisan formal atau tak. Semua aku cuba. Kadang-kadang bila baca balik tulisan tu, rasa macam teruk sangat. Sampai menggeleng kepala tanpa henti. Sedih. Mengalir air mata. Tapi, kata orang tua-tua seusia datuk nenek aku, hidup ni kena usaha. Kalau tak usaha mana nak ada hasilnya.

Nasib baik orang tua-tua bagi kata-kata nih. Kalau tak, dah lama aku 'give up' dari bidang penulisan nih. Jadi, aku cuba lagi menulis. Kadang-kadang aku tengok balik tulisan lama-lama aku yang macam buruk, teruk dan mungkin hampir 'bangang' tuh. Memang rasa macam nak sorok muka ni bawah meja. 

Aku risau jugak kalau tulisan aku ni, di benci oleh orang dan pembaca-pembaca di luar sana. Apatah lagi dengan sifu-sifu kesasteraan kat luar sana tu. Malu tu memang malu.  Korang paham tak perasaan aku ni? heheh.

Alahaiii.. 

Satu hal lagi, aku harap sangat tulisan-tulisan aku yang akan datang akan jadi bertambah baik. Sekaligus dapatlah tulisan-tulisan ni menjadi ibrah untuk aku dan korang semua. Wohaaa!! 

Doakan aku supaya tak berputus asa. Semoga Allah swt redha pada aku, kau dan mak ayah kita. 

Sampai di sini sajelah yang mampu aku tulis. Pendek jer. Kan aku dah cakap aku tak reti menulis. Kalau korang tanya kenapa aku menulis? Carilah sendiri. Ada dalam tulisan aku kali ni.. Wallahua'llam.




Saturday, September 13, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari Ke-13 | 5 Blog Kegemaran?

Okeyh, em.. Next task. 5 blog kegemaran? Saya tak suka sangat blog yang overload, blog pacaran, blog ada gambar kepit-kepit dengan buah hati yang sudah pasti belum halal. heheh. Nak tau blog kegemaran saya?

1. Ben Ashaari

2. Angel Pakai Gucci

3. Kereta Mayat

4. Zahiril Adzim

5. Santai Tarbawi

Korang try lah jugakk tengok blog blog nih. Best! Santai, ringan dan ada info..

Heheh..


Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !




BEN ASHAARI

Peranan Sebagai Seorang Blogger?

Peranan saya sebagai seorang blogger ni, tak de apa sangat pun. Cuma untuk kongsikan pengalaman, ilmu dan yang seangkatan dengannya. Dengan harapan dapat memberi manfaat bagi semua. Ada jugak yang dicoretkan hari ini untuk dijadikan kenangan di masa akan datang. Lagipun, apa yang kita lalui tu hanya sekali. Rugi jugak kalau tak di nota kan di mana-mana kan? Yang sentiasa di jauhi adalah mengumpat di blog! haha. Isu yang ingin di tekankan? Jadilah seorang yang prihatin dan jangan hanya tahu mengkritik tanpa mengetahui isu dan fakta secara teguh! Kan? Yang penting tengok diri sebelum tengok jiran sebelah! Dan jangan cepat sangka buruk. hurmmm.

Jika mampu dapat pendapatan dari blog?

Mungkin akan terus berhenti kerja dan fokus pada blog ni sahaja. Meneruskan perjuangan dan objektif untuk diri sendir dan orang sekeliling. Back up Plan? Bisnes? Em, teringin nak buka kedai pakaian sendiri. Dan ni lah bisnes yang nak sangat di buat.

Harapan terhadap dunia blog?

Harapnya, dunia blog ni akan menjadi satu aset yang boleh memajukan pemikiran individu dan dapat memberi sumbangan pada orang sekeliling. Maksudnya, jadikanlah dunia blog ni sebagai satu dunia yang mampu membuka minda masyarakat hari ini. Sebab, kadang-kadang melalui penulisan ni lah kita dapat buka mata hati seseorang. Dan adakalanya, penulisan ni lah yang dapat merubah seseorang. Ke arah baik atau buruk? Tu peranan kita lah yang menulis untuk ubah diri kita dan orang sekeliling ke arah kebaikan. Semuoga apa yang kita tulis hari ini dapat jadi saham untuk akhirat di samping menjadikan ia sebagai satu hobi untuk kita!

Ok.. Done!!


Cabaran 30 Hari : Hari ke-12 | 5 Wishlist Anda?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni nak cerita pasal wishlist saya. Wishlist tu apa yang kita inginkan. Apa yang kita nak buat dan apa yang kita benar-benar harapkan. Saya tak tau nak cerita mana satu. Tapi, kita slow2 la cerita. Semoga benda ni pun ada manfaat untuk korang. huhu. Kalau harta benda, kemewahan tu semua orang pun saya rasa nak dan tak payah di cerita. Memang akan ada punya lah dalam kepala otak korang nak kan rumah, kereta, suami, isteri yang baik-baik. Kan? Aku tak tau korang perasan atau tak dalam hidup korang ni, ada satu perkara yang memang korang nak dan harapkan sangat. Terutamanya bagi yang muslim. Jadi, wishlist saya yang  pertama adalah;

1. Keredhaan Allah swt. Yang ni yang paling penting. Dan memang sangat penting. Ni lah harapan utama saya. Tanpa redha macam mana untuk kita harapkan syurga ataupun kebahagian di kehidupan akhirat nanti kan? Hurmmm..

2.Saya nak pergi menghadap Allah swt sebelum Ibu bapa saya dan saya nak pergi menghadap Allah sama-sama dengan suami nanti.

3. Nak menikah tahun 2015. Tak tau laa jadi ke tak. Persiapan dan sebagainya pun tak de lagi. Tapi, Inilah keinginan dan sesuatu yang harus saya dapatkan.

4. Ingin ke Tanah Suci.

5. Nak cari Ilmu sebanyak mungkin sehingga ke akhir hayat. Tak kira lah di sekolah ke, di mana-mana pun..

Thats All untuk kali ni.. ! heheh.. Bai bai

Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari Ke-10 | Apa Ada Dalam Handbag Anda?

Sekarang dah hari ke-10. Cabaran seterusnya adalah untuk menceritakan kepada anda, anda dan anda. Apa yang terdapat di dalam handbag saya?

Okeyh. Banyak nak kena senarai nih.. haha

1. Purse. Memang wajib ada lah yang ni.

2. Al-Mathurat. Ada masa bila duk kat luar boleh lah baca.

3. Pengetip kuku. Kalau terlupa nak potong kuku, boleh lah potong sementara menunggu untuk ke mana-mane. Lagi pun kalau letak kat luar mudah hilang.

4. Sapu Tangan. Ni untuk lap hingus dan air mata waktu tengok wayang. hahaha.

5. Pen. Di pejabat pos atau bank boleh lah guna pen sendiri. Lagipun, buat penat jer nak berebut dengan orang lain. Kadang-kadang pen yang di sediakan tak de dakwat pun.! haha

6. Handphone! Tu lah sebabnya kadang-kadang tak jawab call. Sebab fon duk dalam beg. Mana nak dengar. haha. Dan saya paling geram bila orang tak jawab call gara-gara fon mereka duk dalam beg. haha.

7. Bil ataupun resit-resit belian yang dah lama. Itulah sebabnya bag ni berat semacam jer. haha.. 

Okeyh. dah tak de dah.. Bai Bai..

Monday, September 8, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari Ke-8 | 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda?

Next Task...

Allahurabbii... Lagu cinta pulak dah?
Sebenarnya, saya tak fanatik sangat dengan lagu-lagu cinta ni.  Zaman muda dulu, adalah minat-minat. Tapi, sekarang dah lupa semuanya. Dalam fon pun, dah takde sangat lagu-lagu cinta ni. Kalau ada pun, dua tiga camtu aje. hahah..

***************

Okeyhlah.. Cinta ni sebenarnya bukan hanya pada seseorang yang ajnabi bagi kita saje. Tapi, pada semua. Kena belajarlah untuk luaskan skop cinta kita. Jangan hanya sempit di satu skop cinta sahaja. Betul dak?

Emm... Lima lagu cinta kegemaran saya eyhh?

1. Ya Rasulullah (Alangkah indahnya hidup ini) - yang di nyanyikan oleh Kumpulan Raihan
2. Maafkan Aku - Asfan
3. Bintang hatiku - Dmasive
4. Sandiwara Cinta
5. Bila Tiba- Ungu


*****************

Abis dah. Yang last tu tak taulah lagu cinta atau tak. hahaha

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari-7 | Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni, untuk next task.. Sejauh mana pendidikan  itu penting bagi anda?

Okeyh. Untuk menjawab dan menghuraikan persoalan ini, perlukan sedikit teliti dan masa.
Em.. Ini hanyalah pendapat peribadi saya sendiri.

Jika di tengok kepada pendidikan hari ini, memang amat meluas dan memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara.

Jadi, bagi saya, pendidikan ini memang terlalu penting. Sejauh mana kepentingan? Ye. Jauh sejauh-jauhnya. Pasal apa?  

Bagi saya, sebenarnya pendidikan ni, bukan saje letaknya di sekolah dan pusat-pusat pengajian. Namun, pendidikan ni letaknya di setiap sudut kehidupan. Sejak kita lahir pun memang kita diberikan pendidikan. Bila masuk ke sekolah-sekolah dan pusat pengajian, itu hanyalah sebahagian dari pendidikan. Kita akan belajar ilmu pendidikan dari teori-teori berdasarkan buku-buku yang ada di depan kita yang mana silibusnya telah di siap sediakan khas oleh pihak kerajaan. Itu hanyalah sebahagian dari pendidikan yang akan kita jadikan ibrah dan panduan.

Namun, di mana letaknya pendidikan akhlak, menguruskan masa, menguruskan diri, pendidikan agama (tarbiyah) dan sebagainya? Pendidikan ini juga penting! teramatlah penting. Agar suatu hari apabila kita sudah menamatkan pengajian di pusat-pusat pengajian atau di sekolah-sekolah, kita bukan sahaja ada ilmu yang kita belajar di sekolah. Tapi, kita akan mampu membentuk diri kita dengan peribadi yang elok. 

Tapi, jika di lihat hari ini, ramai yang mengabaikan pendidikan yang lain selain pendidikan di sekolah dan pusat pengajian. Kerana apa? Itu saya tak tau. heheh. Tapi, bagi saya, tidak seharusnya kita fokus hanya pada ilmu teori itu ataupun ilmu kemahiran. Kerana, pendidikan ini luas dan penting. Harus kita seimbangkan. 

Pendidikan ni, jangan pernah berhenti untuk kita dapatkan. Kita perlu cari ilmu untuk didik hati, jiwa dan minda. Pendidikan inilah yang akan kita gunakan untuk tadbir jiwa, minda, akal, nafsu, iman dan anggota badan semuanya yang telah dikurniakan Allah Azzawajalla.

Tidak mengapa andai pendidikan kita di pusat pengajian itu tidak tinggi. Apa yang penting kita tidak pernah berhenti mencari ilmu dalam apa jua bidang agar kita dapat didik diri dan orang lain jugak dengan sebaik mungkin. Ilmu Allah itu luas. Pendidikan itu juga luas. Jangan kau sempitkan! Wohaaa!

Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari ke-6 | Apa yang anda makan hari ini?

Bismillahirrahmanirrahim..

Okey lah! Hari ni bercakap pulak tentang makanan. Apa yang saya dah makan hari ni?
Nak tau tak?

Nasi Dagang...

Heheh. Ni pagi lagi. So, tadi sarapan dengan nasi dagang dan segelas teh o panas.

Kat bawah tu ada gambarnya. Buat korang berselera tengok makanan saya hari ni. heheh.. Sekali sekali buat jahat! hahahaha


Okeyh lah.. selamat melawat ke blog saya.. Tinggalkan komen dan silakanlah follow. Nanti saya ke blog korang pulak ye!. Okeyh!.. Tata

Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari ke-5 | 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih?

Bercakap pula soal bekas kekasih? Huhuh. No ideas! Sebenarnya benda ni dah lama di lupakan. Dah tutup buku pun. Mungkin jugak dah dikuburkan buku-buku tu. Hahaha. Tapi untuk cabaran kali ni, terpaksa jugak sahut. Tak kan nak mengalah kan. Bekas kekasih ni, benda kecik je.. Benda yang seperti bila dipijak akan terus hilang.

Buat kau, bekas kekasih ku. 

"
Ada tiga perkara yang ingin aku katakan pada kau,,

1. Sekarang aku bahagia dengan seseorang yang aku kira dia adalah yang lebih baik dari kau. Itulah hadiah atau peganti yang telah Allah swt berikan kepada ku. Mulanya, memang aku sedih waktu kau tinggalkan aku, di ibaratkan seperti anak patung yang tidak berperasaan. Di ibaratkan seperti tunggul yang akan duduk diam tanpa reaksi. Yang tak pernah kenal erti air mata.

2. Aku tidak pernah menyimpan dendam atas apa yang kau perbuat. Kerana Allah swt sahajalah yang wajar dan patut menghukum umat manusia yang berdosa tanpa taubat.

3. Semoga engkau bahagia dengan apa yang telah kau perbuat. 

"

Hahahaha.. Itulah bicara seorang penulis tanpa suara. Bicara kepada seseorang yang pernah mengisi ruang hidup ini. Yang telah menaburkan berjuta janji. Namun, inilah takdir Tuhan Yang Maha Esa.