Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, September 15, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari Ke-15 | Surat Untuk Seseorang.

Surat untuk seseorang? Cabaran kali ni, aku perlu tulis surat untuk seseorang. Tak tau lah aku nak cedok idea dari mana. huhu. Tapi, InsyaAllah. I'm trying my best.

Jadi sekarang aku akan reka satu surat untuk bakal suami. Harapnya aku sempat bernikah dengan bakal suami aku tu di dunia nih dan kekal hingga syurga. Amiin.. 

Sorry kalau isinya terlalu membosankan. Aku bukanlah orang yang mempunyai jiwa penuh bunga untuk aku taburi dalam surat ni agar ia kelihatan manis dan indah. Cukuplah hanya berbekalkan kepala otak yang tidak berhenti berusaha dan sekeping hati yang mana akan di hiasi keikhlasan. Lillahita a'aala.
******

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahummasollia'la saidina Muhammad wa a'la aalii saidina Muhammad

Assalamualaikum wbt.
Buatmu, bakal suamiku. Semoga kamu kini berada dalam keadaan baik, di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa. Aku kini tidak pernah tahu apa yang sedang kamu lakukan di saat ini. Aku berharap agar kamu sentiasa menjaga kepala, mata, hidung, mulut, telinga, badan, tangan, HATI, jantung, buah pinggang, perut seterusnya peha, betis dan kaki. Kemudian kuku, tulang, rambut dan segala bulu yang ada. Aku berharap agar kamu menjaga semua itu dengan baik. Maaf andai ada yang tidak aku sebut di situ. Tapi, tetaplah kamu untuk menjaganya, apa yang dah tertulis ataupun tidak.

Kamu tahu kenapa perkataan HATI itu aku biarkan ianya berbeza dari perkataan lainnya. Kamu lihat hurufnya tiada satu pun yang kecil di situ. Itu kerana aku ingin kamu tahu bahawa HATI itu, harus kamu jaga dengan keseriusan yang amat tinggi. HATI ibarat raja. Apabila baik HATI mu, maka baik lah kesemua yang ada pada mu. Maka dengan itu, mampulah kamu untuk mentadbir akal, roh, nafsu, iman, dan akhlak kamu dengan baik. Ramai yang tidak nampak aset itu. Yang tersembunyi di setiap dada manusia.

Hari ini, aku ingin kamu nampak. Hati itu bukan untuk kamu isi dengan cinta, pujaan, rinduan hanya kepada aku dengan besar dan hebatnya. Namun, hati itu untuk kamu isi dengan cinta pada DIA yang maha Agung.

Hargailah nyawa yang DIA beri pada kamu. Jangan kamu sia-siakan. Begitu juga dengan waktu, rezeki dan peluang. Di saat kamu risau pada sesuatu, kamu ada satu senjata yang terhebat iaitu DOA. Maka kamu gunakanlah.

Buat masa ini, aku tidak mengenali kamu sepenuhnya. Ambilah waktu yang ada untuk kamu isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Agar semua itu dapat kamu gunakan untuk memimpin diri kamu. Seterusnya memimpin aku dan anak-anak kita nanti. Bimbinglah hati kamu. Agar hati itu sentiasa merindui Allah azzawajalla dan Muhammad saw.

Aku rasa tiada apa lagi yang hendak aku sampaikan buat masa ini. Cukuplah sekadar itu. Semoga cinta ini bersatu di saat semuanya halal bagi kita bersama redha Ilahi. Wassalam.

15.27

3 comments :

  1. umm..syahdu suratnya. insyaAllah bersatu

    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-15-surat-kepada.html

    ReplyDelete
  2. wah..dah cabaran ke-15! good luck..

    ReplyDelete
  3. salam hangat dari kami ijin informasinya dari kami pengrajin jaket kulit

    ReplyDelete