Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, September 14, 2014

Kenapa Aku Menulis?

Kenapa aku menulis?

Ada yang bertanya. Kadang2 rasa jugak diaorang nih 'busy body'. heheh. Jangan risau aku gurau jer.

Meh sini nak citer. 

Aku sebenarnya bukan reti sangat menulis. Tapi aku minat. Jadi aku cuba jugak menulis. Cuba dan terus cuba. Sama ada tulisan formal atau tak. Semua aku cuba. Kadang-kadang bila baca balik tulisan tu, rasa macam teruk sangat. Sampai menggeleng kepala tanpa henti. Sedih. Mengalir air mata. Tapi, kata orang tua-tua seusia datuk nenek aku, hidup ni kena usaha. Kalau tak usaha mana nak ada hasilnya.

Nasib baik orang tua-tua bagi kata-kata nih. Kalau tak, dah lama aku 'give up' dari bidang penulisan nih. Jadi, aku cuba lagi menulis. Kadang-kadang aku tengok balik tulisan lama-lama aku yang macam buruk, teruk dan mungkin hampir 'bangang' tuh. Memang rasa macam nak sorok muka ni bawah meja. 

Aku risau jugak kalau tulisan aku ni, di benci oleh orang dan pembaca-pembaca di luar sana. Apatah lagi dengan sifu-sifu kesasteraan kat luar sana tu. Malu tu memang malu.  Korang paham tak perasaan aku ni? heheh.

Alahaiii.. 

Satu hal lagi, aku harap sangat tulisan-tulisan aku yang akan datang akan jadi bertambah baik. Sekaligus dapatlah tulisan-tulisan ni menjadi ibrah untuk aku dan korang semua. Wohaaa!! 

Doakan aku supaya tak berputus asa. Semoga Allah swt redha pada aku, kau dan mak ayah kita. 

Sampai di sini sajelah yang mampu aku tulis. Pendek jer. Kan aku dah cakap aku tak reti menulis. Kalau korang tanya kenapa aku menulis? Carilah sendiri. Ada dalam tulisan aku kali ni.. Wallahua'llam.




3 comments :

  1. tulis je apa yang anda nak tulis..namun pastikan ianya baik...bw disini...

    ReplyDelete
  2. kita ada hobi yang sama dan keiginan yang sama. Nanti boleh la share2 idea ye :) Bw here. Paling penting jangan give up. Pedulikan apa oarang nak kata, k?

    http://nurinafarhana.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. anda telah di'tag'
    http://eikorina.blogspot.com/2014/09/blogger-liebster-award.html

    ReplyDelete