Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, December 28, 2015

Kita Sebenarnya Berperang

Meraup wajah yang penuh masalah. Walau kusut difikiran, Dia masih lagi izinkan hati untuk tenang.
Inilah ujian dari DIA yang perlu dilalui. Mungkin sukar. Dan pasti sukar. Tapi, apakan daya. Harus dilalui.

Untuk menuju redha Allah. Mustahil tiada ujian dan dugaan. Untuk membawa orang yang di sayang turut serta mendekatinya. Mustahil sekali tidak di duga. Apatah lagi orang itu, orang yang di sayang. Banyak berbakti untuk kita.

Namun. Tidak sanggup untuk melihat mereka di azab. Doa sudah dipanjatkan. Namun. Usaha pasti perlu dibuat.Paling tidak pun. Dengan sebaris ayat. Mengharapkan ayat itu mampu menyentuh hati mereka yang disayang ini.

Andai kematian ku yang membuatkan mereka kembali pada DIA. Insaf dari sikapnya. Maka, mati pun aku sanggup.

Di zaman Rasulullah SAW,Baginda berperang,berjihad dan sanggup berkorban nyawa menegakkan Islam.

Kekadang aku juga inginkan zaman seperti Baginda SAW.Berperang menegakkan Islam. Berperang demi Agama yang Allah swt utuskan ini. Rupa-rupanya. Aku leka. Inilah peperangan atau perjuangan yang perlu aku lalui.

Membawa hati-hati yang jauh dari Allah, kembali mendekat padaNYA terutamanya hati-hati orang terdekat yang aku kasihi,cintai dan sayangi. Ini juga satu perjuangan,

Berjihad membetulkan diri sendiri juga adalah peperangan.
Mungkin Allah tahu, peperangan seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat itu, ujian yang hebat, yang tidak mampu aku lalui.

Kerana. Ujian kecil seperti ini sahaja. Aku sudah kusut,menangis. Tapi, demi agama ini, aku tidak akan pernah berhenti berdoa dan membetulkan diri serta membawa mereka dekat dengan MU Ya Rabb....

Disaat aku sudah tidak punya jalan untuk membaiki diri.
Aku menangis memikirkan nasib kita.
Namun. Aku tetap berlari di jalan ini.
Berdoa dan mengharap padaMU.
Andai matiku yang membuatkan aku mampu menyentuh hati kita semua.
Maka. Aku meminta itu pada-NYA.

Saturday, December 26, 2015

Masalah dan Ujian

Kadang-kadang kita termenung. Memikirkan masalah yang kita lalui.
Air mata sudah banyak di habiskan. Hampir pecah otak memikirkannya.
Bila merenung kembali perihal kehidupan yang kita cipta ini.
Tanpa kita sedar.Rupanya kita masih lagi seorang hamba yang ingkar.
Ingkar dengan perintah-Nya.

Menarik nafas panjang. Mata di pejam rapat.

Mengalir lagi air mata itu.
Air mata penyesalan.
Air mata yang mengeratkan kembali hubungan dengan Tuhan.

Mengadu padaNya,memohon padaNya bersungguh-sungguh.
Sungguh rindu pada Dia.
Sungguh rindu pada Muhammad saw.

Sungguh rindu pada hati yang penuh tenang merinduiNya.

Lepaskan semuanya.
Serahkan semuanya pada Dia.

Berharap dan terus berharap.
Menangislah sepuasnya...

Air mata semakin laju membasah pipi.
Allahurabbi.

Ampunkanlah hambaMu ini.
Masalah yang aku lalui ini, adalah ujian dari Mu
Yang membuatkan hamba bangkit dan berlari menuju Mu.

-bakaljenazah-

Belajar Menghargai

Dalam hidup ni. Kita kena belajar menghargai. Menghargai apa yang ada di hadapan kita. Hargai orang yang ada di hadapan kita. Walaupun orang tu sebenarnya bukan siapa-siapa pun pada kita.

Mungkin orang itu cuma membantu kita dengan perkara yang kecik je. Namun, hargailah.

Atau mungkin seseorang menghadiahkan kita sesuatu dengan kadar yang kecik pada pandangan kita. Atau mungkin hadiah tu kita mampu untuk membelinya. Namun hargai lah dengan hati yang penuh ikhlas.

Siapa kita di masa akan datang, kita tidak tahu.
Usah sombong.
Dengan satu ucapan 'terima kasih' pun sudah memadai.

Cuma.. Hargailah...

Tuesday, December 22, 2015

Cinta dan Nikah

Nikah.
Bicaranya bukan mudah.
Tanggungjawabnya bukan kecil.

Untuk membina Ummat generasi hadapan.
Setiap zaman itu tidak sama.
Semakin lama, kian hebat cabarannya.

Sangat mudah untuk jatuh membelakangi Yang Esa.

Ilmu lah yang utama.
Amal lah yang membina iman.

Cinta.
Andai cinta penuh maksiat.
Akan ada ujian bagi membersihkan dosa dan noda.

Andai cinta kerana Allah.
Akan adanya kejatuhan jika cinta diselaputi maksiat.
Allah itu bukan apa.
Mahu hambaNYA yang berniat bersih menjadi sebersihnya.

Andai cinta berselimutkan maksiat dan kelalaian.
Tinggalkan lah dulu cinta itu.

Bersihkan dulu hati dan diri.
Doakanlah orang yang di cinta.

Andai sudah berjodoh.
Pasti bertemu nanti.

Allah itu sayang pada hambaNYA
Tidakkah sakit yang sedikit ini untuk Allah?
Tidakkah sakit ini menjauhkan orang yang di cinta dari lalai dan maksiat?

Jadi..
Kenapa mahu menangis?
Allah jua yang tahu apa yang terbaik.

Andai bermesej sesama ajnabi sepanjang hari.
Apakah itu namanya mencari redha Rabb?

Andai hidup berkhayal mengingati ajnabi itu.
Apakah itu namanya Allah yang utama?

Biarlah sakit.
Asal dosa terhakis.
Biarlah sakit.
Asal keduanya selamat dari neraka jahannam.

Apakah ada bahagia yang lain,
Mlainkan menjauhkan yang di cinta, di sayang dari panasnya api itu?

Andai bertanya khabar
Bergelak ketawa
Berpegangan tangan sesama ajnabi itu
Berkepit dengan ajnabi itu...
Yang kamu katakan bahagia.

Benarkah itu bahagia yang hakiki.

Fikirlah.

Tulisan ini sekadar refleksi.
Tiada sakit yang lebih bahagia melainkan sakit kerana mencari  redha NYA.


0926,MY.

Hidup Perlukan Penghijrahan

Sememangnya hidup perlukan penghijrahan.
Hijrah itu bukan sahaja pada tempat.
Namun pada sebuah zon kehidupan.

Hijrah mungkin juga pada rohani.
Melahirkan rohani yang lebih tenang.
Damai. Di penuhi dengan cinta pada Sang Pencipta.
Di penuhi rindu pada utusanNya
Muhammad SAW.

Hidup ini kurniaan.
Namun kehidupan harus di cipta.
Ceritanya punya dua pilihan.
Damai atau Seksa.
Syurga atau Neraka.

Andai Syurga impiannya.
Tiada yang mudah.
Melainkan sukar jalannya.

Andai tidak mampu bangun dari kesilapan
Lupakan Syurga impian mu.

Andai syurga tetap impian mu.
Carilah redhaNYA
Sudah tiada masa untuk bersantai.

Hijrahlah......

0906,MY.

Saturday, December 12, 2015

Bawalah Hati mu

Bawalah hati mu
Berhijrah ke daerah baru
Di saat hati sudah mula hitam
Dek kerana maksiat yang menyelimuti dirimu

Bawalah hati mu
Di saat luka tersemat
Imbau kembali tingkah mu

Andai ini peringatan atas dosa mu
Menangislah...
Allah masih sayang di saat kamu bermaksiat

Bawalah hati mu
Ke alam yang baru
Di hiasi dengan kerendahan hatimu
Agar tenang menjadi pengubatmu

Bawalah hati mu
Pada pergantungan yang paling kuat
Pada Rabb mu
Yang telah menciptakan langit dan bumi

Bawalah hati mu
Mengingati.
Bahawa kamu adalah hamba
Yang harus patuh pada ketetapannya.

Bawalah hatimu
Mengadu pada Nya.
Merintih di hadapanNya
Luahkan segala rasa pada-Nya.
Sesali perbuatan lalu.
Dan akhirnya.
Bawalah hatimu
Bertaubat padaNya
Dengan taubat yang paling utuh.
Agar hubungan mu dengan DIA

Menjadi Indah dan Cantik...

Tuesday, December 8, 2015

Gayakan 'Shawl Murah' Dengan Penuh Pesona Untuk Anda di SINI !!

Pernah atau tidak anda rasa ‘excited’ atau ‘teruja’ melihat koleksi terkini shawl yang sangat gorgeous dengan harga yang berpatutan? Harga itu sudah pasti anda mampu. Saya adalah antara daripada banyak peminat fesyen yang rasa begitu teruja melihat perkembangan yang cukup positif dalam dunia fesyen tempatan di samping pakaian yang manis di pakai oleh wanita-wanita hari ini. Kelihatannya industri fesyen Malaysia sudah tidak lagi ‘suram’ seperti dahulu. Kini kita dapat lihat banyak kemunculan koleksi terbaru pakaian dan shawl yang cantik dan kelihatan anggun pada si pemakai.

Apa yang paling ketara sekali ialah rekaan 'shawl murah' terbaru lebih moden dan cantik. Sentuhan kreatif yang diberikan oleh para pereka fesyen muda tempatan telah memperlihatkan dimensi baru bagi dunia fesyen tempatan. Rekaan mereka ini jauh lebih segar dan sesuai untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai bukti lihat sahaja fenomena fesyen pakaian wanita Muslimah terkini yang telah melanda sehingga ke peringkat global!

Di sini terdapat beberapa contoh koleksi yang terkini. Mungkin koleksi ini amat sedikit bagi anda. Untuk lebih menarik. 

KLIK di SINI untuk koleksi 'SHAWL MURAH' TERKINI


ATAU

KLIK pada foto-foto di bawah ini untuk koleksi yang lebih mengagumkan.




Sunday, October 4, 2015

Redha dan Putus Asa

Antara redha dan putus asa. Masih ramai tersilap pandang.  Ada juga yang menggunakan alasan redha untuk putus asa. Sebagai seorang muslim selayaknya tidak ada istilah ‘putus asa’. Andai ada perasaan seperti itu hadir, maka bangkitlah.

Redha seharusnya hadir setelah pelbagai usaha dilakukan. Dan ayat ‘redha dengan apa yang berlaku’  tidak harus ada di titik permulaan sesuatu perjalanan.

Berusahalah terlebih dahulu. Berdoalah. Andai sudah sampai pada hasilnya, tetapi masih tidak dapat apa yang di impikan, maka di situ terletaknya redha dengan ketentuan Allah swt.

Andai  kecewa, redhalah. Andai sudah tidak ada cara, berserahlah. Kerana Allah swt jualah yang mengetahui segalanya.

Jangan kecewa dan jangan berserah selagi usaha belum ada.

Di awal perjalanan, andai sudah ada ayat, ‘andai dapat, syukurlah. Andai tidak dapat, takpe’. Ubahlah sedikit ayat tu agar  lebih bersemangat.


Radha dan putus asa itu berbeza. 

Tuesday, September 29, 2015

Aku Insan Biasa

Aku hanya insan biasa. Penuh silap dan banyak yang perlu dibaiki. Kekadang terasa lemah dengan tomahan manusia. Ada saje yang tidak berkenan dihati. Ada yang tidak mampu aku puaskan hati mereka.

Walaupun aku sudah cuba memenuhi kehendak individu, namun pasti ada salah di mata mereka. Sukar. Perit.

Namun aku hanya mampu diam. Terima sajelah hakikat hidup.

Di satu sudut, aku harus muhasabah. Mungkin hubungan ku dengan Allah swt ada yang kurang baik, jadi kerana itu segelintir umat, tidak senang dengan ku.

"Kadang-kadang sesetengah orang hanya tahu ‘complain’ @ komen apa yang kita buat tanpa melihat hasilnya terlebih dahulu. Faktornya mungkin kerana kita pernah buat salah satu ketika dulu.
Bila berada dalam situasi ini, maka diam saje lah. Andai ada rasa marah, cukup lah hanya marah di saat itu, bukan menjadi dendam. Di saat marah, ada baiknya DIAM.
Dan ingatlah Islam tidak mengajar seseorang umat menyakiti umat yang lain.
Walaupun aku juga punya kekurangan atau mungkin pernah menyakiti, ambiklah pesanan itu sebagai  satu jalan untuk slow down rasa marah, dendam yang membuak buak di dada.
Apa yang penting, dengar komen orang dan belajarlah. Yang baik kita ambik, yang buruk, kita buang."


Biarlah semuanya terhenti di sini. Dan aku terus berjalan. Menghabiskan sisa-sisa waktu di dunia. Mencari redha Allah swt. 

Monday, August 17, 2015

Maaf Dengan Sebenar Kemaafan.


 
Kadangkala, bila orang buat silap pada kita, kita sukar nak lupakan walaupun bibir meniti kata bahawa kemaafan telah diberi. Namun, apabila bertemu dengan orang itu, masih lagi kita rasakan ada perbuatan mereka yang mengguris hati kita. Perbuatan itu seolah-olah jelas bermain difikiran.

Apakah ini yang dinamakan kemaafan?

Apabila kita memohon keampunan dari Allah swt, kita pasti ingin Allah maafkan kita. Supaya Allah tak hukum kita kerana dosa yang kita buat. Kita menangis. Takut Allah tak ampunkan dosa kita tu. Takut akan azab Allah swt.

Dengan manusia, kadang-kadang aku sendiri tak tau. Sama ada aku telah maafkan mereka ataupun tak. Benarlah bibir menyatakan aku telah maafkan mereka. Namun fikiran masih lagi ingat akan perbuatan itu.

Sewaktu kita kecil, apabila kita bergaduh dengan adik-adik.Hatta hingga bertumbuk sekalipun. Tak lame kemudian, kita akan berbaik dengan adik kita tu. Menjadi akrab kembali. Se akan-akan tiada apa yang berlaku.

Aku rasakan inilah kemaafan yang sebenarnya. Tidak di nilai dengan kata. Namun, jernihnya hati, kembalikan ukhwah yang terjalin.

-Keep in Smile-

Saturday, August 15, 2015

Cinta.


Satu rasa. Hadir tanpa di duga. Pergi tanpa dijangka.

Hadir memberi seribu makna. Indah bagaikan dunia ini kita yang punya.

Update setiap laku pada si empunya cinta. Bagai di buai mimpi.

Di layannya seperti seorang puteri.

Cinta satu anugerah dari Ilahi. Lumrah tidak mampu dihakis.

Rasa itu tidak mampu dibunuh walau ada yang menghukum cinta atas dasar haram.
Benarkah?

Cinta itu suci. Tidak tercalit sedikit kekotoran.

Namun makhluk kadang-kadang mencemarinya.

Cinta mampu mendekatkan hati pada Ilahi.

Menjadi inspirasi buat manusia.

Agar terus hebat dalam langkahnya.

Di saat cinta di kotori.

Termenung seorang diri.

Pencetus cinta yang penuh kelalaian. 

Menangis. Merintih. Mengharapkan ada peluang seterusnya.

Membaiki diri. Membaiki hati.

Agar menjaga cinta ini penuh batasnya.

Tiada lagi kelalaian. 

Dan akhirnya cinta itu mekar. Subur.

Bersulamkan cinta pada Ilahi. Di payungi rahmat Yang Maha Esa.

Kekal jua ia sampai ke syurga.

Semoga diri tegar menjaga cinta walaupun perit.
Agar cinta itu di halalkan dan penuh barokah.


Silap.



Manusia mana yang tidak pernah buat silap. Setiap manusia pasti ada silapnya. Antara yang di sedari atau pun tak, semuanya bergantung pada diri sendiri.

Aku pun manusia biasa. Pasti ada silap. Kadang-kadang berusaha untuk betulkan. Tapi, masih lagi silap. Puas rasanya merenung di mana lagi silapnya.

Sebagai manusia, putus asa dan berhenti untuk berubah itu bukan penyelesaiannya. Langkah harus mara ke depan. Ubah setiap yang kurang. Andai jatuh lagi, maka ubah lagi.

But.. Dalam dunia ni, tak semua orang dapat terima silap kita yang berkali-kali kita lakukan. Ada juga yang silap kita sekali saje, tapi mereka tetap tidak terima kita. Seolah olah kita tidak pernah melakukan sebesar zarah kebaikan pun.

Putus asa untuk melakukan kebaikan hanya kerana persepsi manusia, kadang-kadang merugikan. Apa pun silap yang pernah aku buat. Aku harus ubah. Di samping mencari keredhaan Allah, menyenangkan ummat manusia pasti juga satu misi yang harus di semat.


Dan dengan itu,, aku terus melangkah dengan perubahan ini. Mengharapkan tercapai sebuah kejayaan.

Monday, August 10, 2015

Mulakan Hari Baru

Setiap hari baru yang kita lalui, itu adalah peluang. Peluang yang dikurniakan Ilahi untuk hambaNya. Namun tidak ramai yang sedar akan peluang yang menjadi satu anugerah terbesar buat diri. Termasuklah aku.

Yang kadang-kadang lupa dan alpa pada peluang nan satu ini. Kekadang bibir meniti kata. Ingin menjadi lebih baik. Namun akhlak tetap macam celaka.

Ada pula hari-hari kita jadikan seseorang yang cantik akhlaknya sebagai idola. Ingin menjadi seperti mereka. Namun, tidak kekal lama. Hilang semangat itu, maka, berbalik kepada asal. Sudah kembali pada akhlak yang lame.

Itulah. Kekadang terpaksa hipokrit pada hati dan kehendak diri demi menjadi individu murni. Ketenangan tiada langsung di hati. 

Maka. Yang terbaik. Jadilah diri sendiri. Baiki setiap sudut negatif. Agar murni nya akhlak adalah dari hati si punya badan. Agar di depan Ilahi. Adanya cahaya yang di namakan cahaya iman.

Semoga berjaya mengecapi individu ber akhlak mulia bukan celaka.

Sunday, July 26, 2015

Belajar Jaga Lidah Sendiri

Kadang-kadang, tanpa sedar kita bercakap ikot sedap rasa. 

Ada juga kita membanggakan diri sendiri.  Tak mau tunding jari pada orang. Tengok diri sendiri sudah ler. Kalau tak Nampak, berdiri depan cermin. Lama-lama pasti Nampak juga buruk sendiri.

Lidah ni susah  nak jaga. Ada saje kata-kata yang salah di mata dan telinga. Kadang-kadang keluar kata-kata mencaci. 

Mungkin ada masanya, kata-kata angkuh, biadab yang meniti dibibir.

Tapi, sememangnya manusia dijadikan dengan kelemahan tersendiri. Sama-samalah kita baiki. Jangan sombong dan biadab. Jangan angkuh dengan kata-kata.

Kesilapan diri masih boleh dibaiki. InsyaAllah.


Baiki dan terus baiki. Perjalanan ini masih jauh. Rebah sedikit, kita bangkit. Tak gitu?

Tuesday, April 21, 2015

Kau Hari Ini Dan Esok Itu Berbeza

Hari ini kau pakai tudung labuh
Kau pandang orang pakai tudung kecik itu salah
Kau bercakap tentang mereka
Kau pandang mereka sebelah mata
KAu rasa kau hebat
Kau rasa kau handal di mata Allah
Kau rasa kaulah yang dicintai Dia

Hari ini kau kau berjaya hafaz 30 juzuk Al-Quran
Ayat-ayat cinta dari DIA
Kau pandang lagi orang di sekeliling kau
KAu kata mereka tidak setanding kau
Mereka itu, sehari pun,belum tentu buka Al-Quran
Kau rasa kau lah berjaya, dialah gagal

HAri ini kau solat 5 waktu
Solat kau hebat. Lama.
Kemudian kau rasa kau terbaik sangat
KAu pandang lagi rakan kau
MEreka tidak solat seperti kau.Lama.
Mereka cuma biasa-biasa.
Kau pandang mereka itu rendah dari kau.

Hari ini kau pakai sarung kaki
Tutup aurat. Rapi. CAntik.
Tapi sahabat kau, tak buat begitu
Kau mencemuh mereka. Seperti mereka itu jijik.
Seperti mereka itu rendah dari kau.

Tapi...

Pernah kah kau sedar
Pernah kah kau tanya
Betulkah akhlak kau?
Sudah bersih sangatkah hati kau?
Apakah benar kau yang mulia di sisi Allah Azzawajalla?
Tepuk lah dahi kau.
Menyesal lahkau.
Katakan..
Apa khabar iman ku?
Sehat kah kau?
Wujud kah kau?
Di tahap mana kah kau?

Mendengus nafas panjang.
Mata kau berair.
Mungkin pedih dek bawang yang kau kupas
Mungkin jua habuk menerjah mata kau

Menangis lah kau.

Besar dugaan yang selama ini engkau lalui
Kau hanyut dengan buaian dunia ditemani syaitan

Adakah kau tahu bagaimana engkau hari esok?
Adakah kau akan sentiasa di atas?
Adakah iman kau akan terus di atas?

Wahai saudara/i

KAu tidak tahu, siapa engkau di hari esok.
Wajarkah kau berkata pada yang lemah dalam keadaan yang melemahkan?

#Sama-sama beringat.Sama-sama ambil pengajaran.

Ramai yang sibuk ambil tahu hal orang. Sedang hal sendiri kadang2 lupa.
Jangan fikir bodoh orang saje. Buang sekejap bodoh kita. Fikir pula tentang diri kita.
Keep in Smile