Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, August 17, 2015

Maaf Dengan Sebenar Kemaafan.


 
Kadangkala, bila orang buat silap pada kita, kita sukar nak lupakan walaupun bibir meniti kata bahawa kemaafan telah diberi. Namun, apabila bertemu dengan orang itu, masih lagi kita rasakan ada perbuatan mereka yang mengguris hati kita. Perbuatan itu seolah-olah jelas bermain difikiran.

Apakah ini yang dinamakan kemaafan?

Apabila kita memohon keampunan dari Allah swt, kita pasti ingin Allah maafkan kita. Supaya Allah tak hukum kita kerana dosa yang kita buat. Kita menangis. Takut Allah tak ampunkan dosa kita tu. Takut akan azab Allah swt.

Dengan manusia, kadang-kadang aku sendiri tak tau. Sama ada aku telah maafkan mereka ataupun tak. Benarlah bibir menyatakan aku telah maafkan mereka. Namun fikiran masih lagi ingat akan perbuatan itu.

Sewaktu kita kecil, apabila kita bergaduh dengan adik-adik.Hatta hingga bertumbuk sekalipun. Tak lame kemudian, kita akan berbaik dengan adik kita tu. Menjadi akrab kembali. Se akan-akan tiada apa yang berlaku.

Aku rasakan inilah kemaafan yang sebenarnya. Tidak di nilai dengan kata. Namun, jernihnya hati, kembalikan ukhwah yang terjalin.

-Keep in Smile-

Saturday, August 15, 2015

Cinta.


Satu rasa. Hadir tanpa di duga. Pergi tanpa dijangka.

Hadir memberi seribu makna. Indah bagaikan dunia ini kita yang punya.

Update setiap laku pada si empunya cinta. Bagai di buai mimpi.

Di layannya seperti seorang puteri.

Cinta satu anugerah dari Ilahi. Lumrah tidak mampu dihakis.

Rasa itu tidak mampu dibunuh walau ada yang menghukum cinta atas dasar haram.
Benarkah?

Cinta itu suci. Tidak tercalit sedikit kekotoran.

Namun makhluk kadang-kadang mencemarinya.

Cinta mampu mendekatkan hati pada Ilahi.

Menjadi inspirasi buat manusia.

Agar terus hebat dalam langkahnya.

Di saat cinta di kotori.

Termenung seorang diri.

Pencetus cinta yang penuh kelalaian. 

Menangis. Merintih. Mengharapkan ada peluang seterusnya.

Membaiki diri. Membaiki hati.

Agar menjaga cinta ini penuh batasnya.

Tiada lagi kelalaian. 

Dan akhirnya cinta itu mekar. Subur.

Bersulamkan cinta pada Ilahi. Di payungi rahmat Yang Maha Esa.

Kekal jua ia sampai ke syurga.

Semoga diri tegar menjaga cinta walaupun perit.
Agar cinta itu di halalkan dan penuh barokah.


Silap.



Manusia mana yang tidak pernah buat silap. Setiap manusia pasti ada silapnya. Antara yang di sedari atau pun tak, semuanya bergantung pada diri sendiri.

Aku pun manusia biasa. Pasti ada silap. Kadang-kadang berusaha untuk betulkan. Tapi, masih lagi silap. Puas rasanya merenung di mana lagi silapnya.

Sebagai manusia, putus asa dan berhenti untuk berubah itu bukan penyelesaiannya. Langkah harus mara ke depan. Ubah setiap yang kurang. Andai jatuh lagi, maka ubah lagi.

But.. Dalam dunia ni, tak semua orang dapat terima silap kita yang berkali-kali kita lakukan. Ada juga yang silap kita sekali saje, tapi mereka tetap tidak terima kita. Seolah olah kita tidak pernah melakukan sebesar zarah kebaikan pun.

Putus asa untuk melakukan kebaikan hanya kerana persepsi manusia, kadang-kadang merugikan. Apa pun silap yang pernah aku buat. Aku harus ubah. Di samping mencari keredhaan Allah, menyenangkan ummat manusia pasti juga satu misi yang harus di semat.


Dan dengan itu,, aku terus melangkah dengan perubahan ini. Mengharapkan tercapai sebuah kejayaan.

Monday, August 10, 2015

Mulakan Hari Baru

Setiap hari baru yang kita lalui, itu adalah peluang. Peluang yang dikurniakan Ilahi untuk hambaNya. Namun tidak ramai yang sedar akan peluang yang menjadi satu anugerah terbesar buat diri. Termasuklah aku.

Yang kadang-kadang lupa dan alpa pada peluang nan satu ini. Kekadang bibir meniti kata. Ingin menjadi lebih baik. Namun akhlak tetap macam celaka.

Ada pula hari-hari kita jadikan seseorang yang cantik akhlaknya sebagai idola. Ingin menjadi seperti mereka. Namun, tidak kekal lama. Hilang semangat itu, maka, berbalik kepada asal. Sudah kembali pada akhlak yang lame.

Itulah. Kekadang terpaksa hipokrit pada hati dan kehendak diri demi menjadi individu murni. Ketenangan tiada langsung di hati. 

Maka. Yang terbaik. Jadilah diri sendiri. Baiki setiap sudut negatif. Agar murni nya akhlak adalah dari hati si punya badan. Agar di depan Ilahi. Adanya cahaya yang di namakan cahaya iman.

Semoga berjaya mengecapi individu ber akhlak mulia bukan celaka.