Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, December 28, 2015

Kita Sebenarnya Berperang

Meraup wajah yang penuh masalah. Walau kusut difikiran, Dia masih lagi izinkan hati untuk tenang.
Inilah ujian dari DIA yang perlu dilalui. Mungkin sukar. Dan pasti sukar. Tapi, apakan daya. Harus dilalui.

Untuk menuju redha Allah. Mustahil tiada ujian dan dugaan. Untuk membawa orang yang di sayang turut serta mendekatinya. Mustahil sekali tidak di duga. Apatah lagi orang itu, orang yang di sayang. Banyak berbakti untuk kita.

Namun. Tidak sanggup untuk melihat mereka di azab. Doa sudah dipanjatkan. Namun. Usaha pasti perlu dibuat.Paling tidak pun. Dengan sebaris ayat. Mengharapkan ayat itu mampu menyentuh hati mereka yang disayang ini.

Andai kematian ku yang membuatkan mereka kembali pada DIA. Insaf dari sikapnya. Maka, mati pun aku sanggup.

Di zaman Rasulullah SAW,Baginda berperang,berjihad dan sanggup berkorban nyawa menegakkan Islam.

Kekadang aku juga inginkan zaman seperti Baginda SAW.Berperang menegakkan Islam. Berperang demi Agama yang Allah swt utuskan ini. Rupa-rupanya. Aku leka. Inilah peperangan atau perjuangan yang perlu aku lalui.

Membawa hati-hati yang jauh dari Allah, kembali mendekat padaNYA terutamanya hati-hati orang terdekat yang aku kasihi,cintai dan sayangi. Ini juga satu perjuangan,

Berjihad membetulkan diri sendiri juga adalah peperangan.
Mungkin Allah tahu, peperangan seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat itu, ujian yang hebat, yang tidak mampu aku lalui.

Kerana. Ujian kecil seperti ini sahaja. Aku sudah kusut,menangis. Tapi, demi agama ini, aku tidak akan pernah berhenti berdoa dan membetulkan diri serta membawa mereka dekat dengan MU Ya Rabb....

Disaat aku sudah tidak punya jalan untuk membaiki diri.
Aku menangis memikirkan nasib kita.
Namun. Aku tetap berlari di jalan ini.
Berdoa dan mengharap padaMU.
Andai matiku yang membuatkan aku mampu menyentuh hati kita semua.
Maka. Aku meminta itu pada-NYA.

Saturday, December 26, 2015

Masalah dan Ujian

Kadang-kadang kita termenung. Memikirkan masalah yang kita lalui.
Air mata sudah banyak di habiskan. Hampir pecah otak memikirkannya.
Bila merenung kembali perihal kehidupan yang kita cipta ini.
Tanpa kita sedar.Rupanya kita masih lagi seorang hamba yang ingkar.
Ingkar dengan perintah-Nya.

Menarik nafas panjang. Mata di pejam rapat.

Mengalir lagi air mata itu.
Air mata penyesalan.
Air mata yang mengeratkan kembali hubungan dengan Tuhan.

Mengadu padaNya,memohon padaNya bersungguh-sungguh.
Sungguh rindu pada Dia.
Sungguh rindu pada Muhammad saw.

Sungguh rindu pada hati yang penuh tenang merinduiNya.

Lepaskan semuanya.
Serahkan semuanya pada Dia.

Berharap dan terus berharap.
Menangislah sepuasnya...

Air mata semakin laju membasah pipi.
Allahurabbi.

Ampunkanlah hambaMu ini.
Masalah yang aku lalui ini, adalah ujian dari Mu
Yang membuatkan hamba bangkit dan berlari menuju Mu.

-bakaljenazah-

Belajar Menghargai

Dalam hidup ni. Kita kena belajar menghargai. Menghargai apa yang ada di hadapan kita. Hargai orang yang ada di hadapan kita. Walaupun orang tu sebenarnya bukan siapa-siapa pun pada kita.

Mungkin orang itu cuma membantu kita dengan perkara yang kecik je. Namun, hargailah.

Atau mungkin seseorang menghadiahkan kita sesuatu dengan kadar yang kecik pada pandangan kita. Atau mungkin hadiah tu kita mampu untuk membelinya. Namun hargai lah dengan hati yang penuh ikhlas.

Siapa kita di masa akan datang, kita tidak tahu.
Usah sombong.
Dengan satu ucapan 'terima kasih' pun sudah memadai.

Cuma.. Hargailah...

Tuesday, December 22, 2015

Cinta dan Nikah

Nikah.
Bicaranya bukan mudah.
Tanggungjawabnya bukan kecil.

Untuk membina Ummat generasi hadapan.
Setiap zaman itu tidak sama.
Semakin lama, kian hebat cabarannya.

Sangat mudah untuk jatuh membelakangi Yang Esa.

Ilmu lah yang utama.
Amal lah yang membina iman.

Cinta.
Andai cinta penuh maksiat.
Akan ada ujian bagi membersihkan dosa dan noda.

Andai cinta kerana Allah.
Akan adanya kejatuhan jika cinta diselaputi maksiat.
Allah itu bukan apa.
Mahu hambaNYA yang berniat bersih menjadi sebersihnya.

Andai cinta berselimutkan maksiat dan kelalaian.
Tinggalkan lah dulu cinta itu.

Bersihkan dulu hati dan diri.
Doakanlah orang yang di cinta.

Andai sudah berjodoh.
Pasti bertemu nanti.

Allah itu sayang pada hambaNYA
Tidakkah sakit yang sedikit ini untuk Allah?
Tidakkah sakit ini menjauhkan orang yang di cinta dari lalai dan maksiat?

Jadi..
Kenapa mahu menangis?
Allah jua yang tahu apa yang terbaik.

Andai bermesej sesama ajnabi sepanjang hari.
Apakah itu namanya mencari redha Rabb?

Andai hidup berkhayal mengingati ajnabi itu.
Apakah itu namanya Allah yang utama?

Biarlah sakit.
Asal dosa terhakis.
Biarlah sakit.
Asal keduanya selamat dari neraka jahannam.

Apakah ada bahagia yang lain,
Mlainkan menjauhkan yang di cinta, di sayang dari panasnya api itu?

Andai bertanya khabar
Bergelak ketawa
Berpegangan tangan sesama ajnabi itu
Berkepit dengan ajnabi itu...
Yang kamu katakan bahagia.

Benarkah itu bahagia yang hakiki.

Fikirlah.

Tulisan ini sekadar refleksi.
Tiada sakit yang lebih bahagia melainkan sakit kerana mencari  redha NYA.


0926,MY.

Hidup Perlukan Penghijrahan

Sememangnya hidup perlukan penghijrahan.
Hijrah itu bukan sahaja pada tempat.
Namun pada sebuah zon kehidupan.

Hijrah mungkin juga pada rohani.
Melahirkan rohani yang lebih tenang.
Damai. Di penuhi dengan cinta pada Sang Pencipta.
Di penuhi rindu pada utusanNya
Muhammad SAW.

Hidup ini kurniaan.
Namun kehidupan harus di cipta.
Ceritanya punya dua pilihan.
Damai atau Seksa.
Syurga atau Neraka.

Andai Syurga impiannya.
Tiada yang mudah.
Melainkan sukar jalannya.

Andai tidak mampu bangun dari kesilapan
Lupakan Syurga impian mu.

Andai syurga tetap impian mu.
Carilah redhaNYA
Sudah tiada masa untuk bersantai.

Hijrahlah......

0906,MY.

Saturday, December 12, 2015

Bawalah Hati mu

Bawalah hati mu
Berhijrah ke daerah baru
Di saat hati sudah mula hitam
Dek kerana maksiat yang menyelimuti dirimu

Bawalah hati mu
Di saat luka tersemat
Imbau kembali tingkah mu

Andai ini peringatan atas dosa mu
Menangislah...
Allah masih sayang di saat kamu bermaksiat

Bawalah hati mu
Ke alam yang baru
Di hiasi dengan kerendahan hatimu
Agar tenang menjadi pengubatmu

Bawalah hati mu
Pada pergantungan yang paling kuat
Pada Rabb mu
Yang telah menciptakan langit dan bumi

Bawalah hati mu
Mengingati.
Bahawa kamu adalah hamba
Yang harus patuh pada ketetapannya.

Bawalah hatimu
Mengadu pada Nya.
Merintih di hadapanNya
Luahkan segala rasa pada-Nya.
Sesali perbuatan lalu.
Dan akhirnya.
Bawalah hatimu
Bertaubat padaNya
Dengan taubat yang paling utuh.
Agar hubungan mu dengan DIA

Menjadi Indah dan Cantik...

Tuesday, December 8, 2015

Gayakan 'Shawl Murah' Dengan Penuh Pesona Untuk Anda di SINI !!

Pernah atau tidak anda rasa ‘excited’ atau ‘teruja’ melihat koleksi terkini shawl yang sangat gorgeous dengan harga yang berpatutan? Harga itu sudah pasti anda mampu. Saya adalah antara daripada banyak peminat fesyen yang rasa begitu teruja melihat perkembangan yang cukup positif dalam dunia fesyen tempatan di samping pakaian yang manis di pakai oleh wanita-wanita hari ini. Kelihatannya industri fesyen Malaysia sudah tidak lagi ‘suram’ seperti dahulu. Kini kita dapat lihat banyak kemunculan koleksi terbaru pakaian dan shawl yang cantik dan kelihatan anggun pada si pemakai.

Apa yang paling ketara sekali ialah rekaan 'shawl murah' terbaru lebih moden dan cantik. Sentuhan kreatif yang diberikan oleh para pereka fesyen muda tempatan telah memperlihatkan dimensi baru bagi dunia fesyen tempatan. Rekaan mereka ini jauh lebih segar dan sesuai untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai bukti lihat sahaja fenomena fesyen pakaian wanita Muslimah terkini yang telah melanda sehingga ke peringkat global!

Di sini terdapat beberapa contoh koleksi yang terkini. Mungkin koleksi ini amat sedikit bagi anda. Untuk lebih menarik. 

KLIK di SINI untuk koleksi 'SHAWL MURAH' TERKINI


ATAU

KLIK pada foto-foto di bawah ini untuk koleksi yang lebih mengagumkan.