Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, December 28, 2015

Kita Sebenarnya Berperang

Meraup wajah yang penuh masalah. Walau kusut difikiran, Dia masih lagi izinkan hati untuk tenang.
Inilah ujian dari DIA yang perlu dilalui. Mungkin sukar. Dan pasti sukar. Tapi, apakan daya. Harus dilalui.

Untuk menuju redha Allah. Mustahil tiada ujian dan dugaan. Untuk membawa orang yang di sayang turut serta mendekatinya. Mustahil sekali tidak di duga. Apatah lagi orang itu, orang yang di sayang. Banyak berbakti untuk kita.

Namun. Tidak sanggup untuk melihat mereka di azab. Doa sudah dipanjatkan. Namun. Usaha pasti perlu dibuat.Paling tidak pun. Dengan sebaris ayat. Mengharapkan ayat itu mampu menyentuh hati mereka yang disayang ini.

Andai kematian ku yang membuatkan mereka kembali pada DIA. Insaf dari sikapnya. Maka, mati pun aku sanggup.

Di zaman Rasulullah SAW,Baginda berperang,berjihad dan sanggup berkorban nyawa menegakkan Islam.

Kekadang aku juga inginkan zaman seperti Baginda SAW.Berperang menegakkan Islam. Berperang demi Agama yang Allah swt utuskan ini. Rupa-rupanya. Aku leka. Inilah peperangan atau perjuangan yang perlu aku lalui.

Membawa hati-hati yang jauh dari Allah, kembali mendekat padaNYA terutamanya hati-hati orang terdekat yang aku kasihi,cintai dan sayangi. Ini juga satu perjuangan,

Berjihad membetulkan diri sendiri juga adalah peperangan.
Mungkin Allah tahu, peperangan seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat itu, ujian yang hebat, yang tidak mampu aku lalui.

Kerana. Ujian kecil seperti ini sahaja. Aku sudah kusut,menangis. Tapi, demi agama ini, aku tidak akan pernah berhenti berdoa dan membetulkan diri serta membawa mereka dekat dengan MU Ya Rabb....

Disaat aku sudah tidak punya jalan untuk membaiki diri.
Aku menangis memikirkan nasib kita.
Namun. Aku tetap berlari di jalan ini.
Berdoa dan mengharap padaMU.
Andai matiku yang membuatkan aku mampu menyentuh hati kita semua.
Maka. Aku meminta itu pada-NYA.

1 comment :