Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, April 22, 2016

Ikhlas

Nak jadi ikhlas. Bukan sesuatu yang mudah. Kadang kadang saya rasa saya dah ikhlas. Tapi bila buat perkara baik pada orang, saya masih berharap kebaikan saya di balas.

Bila sampai dalam satu keadaan. Saya di uji dalam kesusahan. Kemudian waktu itu, saya teringat akan kebaikan yang pernah saya buat pada orang lain. Dan saya kecewa dan marah bila orang tersebut tidak bantu saya dalam kesusahan. Malah bayang bayang dia tak nampak pun waktu saya susah.

Maka di saat itu, sedarlah. IKHLAS bukan begitu.

Dan definisi berharap pada Allah, bukan begitu. Sesungguhnya harapan sebenar sewajarnya hanya pada Allah.

Apa makna ikhlas?
Entah ler. Kata orang ikhlas tu macam semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dalam gelap malam. Hanya mampu rasa. Tapi tak nampak.

Bagi saya. Itu definisi untuk orang ramai yang ada di depan kita.

Heh.

No comments :

Post a Comment