Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, August 14, 2016

Angkuh

Hari ini.
Manusia angkuh berbicara.
Berbicara akan impian memiliki kereta mewah.
Berbicara akan impian memiliki rumah se darjat istana.
Bersahabat memilih rupa.
Bersahabat memilih kehebatannya diri.
Bersahabat memilih kelebihan hartanya.

Di manakah kita sekarang ini?
Andai semua ini masih di jiwa dan hati?

Rendah hati itu.
Bukan pada tutur kata yang merendahkan diri sendiri.
Rendah hati itu terletak pada hati.
Yang akhirnya mewujudkan tingkah laku yang sangat merendah diri.
Tapi hebat nilainya.

Bicara ku ini wahai sahabat.
Bukan kerana hebatnya diri dalam menilai.

Bicara ini sekadar lontaran pandangan.

Sahabat.
Rendah hati ini bukan lakonan.
Tapi ia harus wujud sejajar dengan akhlak.

Di saat mengeluarkan kata.
Jangan memandang yang lain sebagai anak kecil yang baru belajar.
Tapi, pandanglah mereka sebagai orang hebat.

Dan jadikan kata kata kamu bukan untuk mengajar mereka.
Dan bukan untuk mengingatkan mereka.

Tapi, kata kata kamu.
Untuk diri kamu yang hina itu belajar dan ingat.

Duhai sahabat..
Pandangalah orang lain dengan pandangan yang hebat.

Di kala kamu merasakan diri kamu hebat.
Ingatlah.
Masih ada yang lebih hebat.

Kaki yang sedang kamu berpijak sekarang ini.
Tangan yang kamu suapkan nasi ke mulutmu itu.
Mata yang kamu pejam agar terasa nikmatnya tidur itu.
Hati yang kamu ada untuk kamu punya perasaan itu.
Dan apa yang kamu ada itu.

Keseluruhannya hak Dia.
Kita ini pinjam sahaja.

Namun.
Di mana harus kita riak.
Di mana harus kita riak.

Bersyukur lah apa yang kita ada ini.
Jangan berbelah bagi kerana darjat dan harta.
Jangan hamparkan satu dunia, siapa kamu dan apa yang kamu ada.

Selagi perkara itu tidak bermanfaat untuk dunya tahu.

Bergeraklah di atas landasan ini.
Dengan hati yang penuh tunduk.
Dan tunduknya hati.
Lahir dari akhlak yang baik.
Dan akhlak yang baik datang dari amal yang kita semai.

Amal kita. Sangat kecik sayang.
Tapi. Niatlah amal itu untuk redha Allah.

Bicara ini bukan tunjuk baik.
Tapi.
Bicara ini agar saya ingat dan bersemangat.!

Wednesday, August 3, 2016

Sahabat Tanpa Sedar

Bila sayang. Pasti mahu yang terbaik saje untuk sahabat itu. Dunya dan akhirat.
Walau satu hari sahabat tu dah ketepikan kita.
Walau satu hari sahabat tu dah jauh dari kita.
Walau satu hari kita tak se mesra dulu dengan dia.
Bila sayangkan sahabat.
Lindungi dia.
Bantulah dia.
Jagalah dia.
Namun, jangan pula lupa perlindungan, bantuan dan penjagaan yang terbaik itu dari siapa.
Hadiahkanlah dengan hadiah yang mampu sahabat senyum.
Dan hadiah terbaik adalah hadiah yang dapat buat dia senyum kat sana nanti.

Jadilah sahabat yang dalam tahajudnya ada tangisan merayu pada Sang Pencipta buat sahabat.
Walau di alam nyata tiada siapa yang menyedari hadirnya kamu dalam ukhwah.
Walau hakikatnya sahabat kamu tidak tahu kasihnya kamu.
Kasih tercipta hanya di luah pada Ilahi.

Kerana malu untuk berbicara.
Apatah lagi Bergurau senda.

Taubat Itu Mudah Kah?

Sebut perkataan taubat itu mudah sangat.
Kata nak taubat tu, ringan je meniti di bibir.
Taubat tu hakikatnya pada akhlak.
Susah sangat nak jaga akhlak ni.
Bila berazam tak mau buat dah benda benda tu, tak semudah tu untuk ditinggalkan.
Taubat ni sebab rindukan Allah.
Sebab nak jadi baik.
Sebab nak dapat redha Allah.
Walau amal tu nampak kecik.
Nak jugak buat.
Memang kena buat.
Buat sebab sayangkan Allah.

Kena kuat!

Monday, August 1, 2016

Rindu Pada Sahabat

Rindu pada gurauan seorang sahabat.
Lama sudah kita tidak berbual.
Hanya Dia yang tahu betapa rindu nya hati.
Biarpun sekarang kita tidak seperti dulu.
Kasih saya pada seorang sahabat yang amat saya kasihi takkan pernah luntur.
Rindu ini, saya serahkan pada Dia.
Mudah mudahan Dia menjaga kamu.

Kamu hanya insan biasa pada luarannya.
Tapi,akhlak kamu,buat saya cemburu.
Bagaimana kamu menjaga diri kamu.
Pendirian kamu teguh.
Kadang2 mungkin nampak ego.
Tapi,itulah diri kamu.
Kata kata kamu banyak buat saya teringat pada sunnah Muhammad s.a.w yang kita cinta.
Solat kamu nampak tenang.
Doa kamu nampak khusyuk.

Di satu ketika, saya membuat kamu marah. Namun, tidak satu pun kamu cerita tingkah laku saya pada rakan lain.

Saya kasihkan kamu seperti kakak saya sendiri walau saya tidak pernah di anugerahkan kakak dalam hidup saya.

Dalam diam kamu, saya belajar sesuatu.
Dalam kata kata kamu, juga ada sesuatu.

Ikhlas nya kamu,cukup saya cemburu.

Kamu jarang mengeluarkan kata kata berupa ayat seperti tinggi ilmu agamamu.

Tapi, kamu terbitkan ayat itu melalui perilaku kamu.

Kamu lah sahabat saya dunya akhirat.

Doa saya untuk kamu, pasti akan ada.
Ayat2 suci juga pasti akan ada buat kamu.

Kamu lah sahabat saya walau hakikatnya kita tidak menyedari.

Walau saya tak mampu buat kamu tersenyum.

Walau saya tidak sehebat Saidina Abu Bakar melindungi Nabi s.a.w kita itu.

Saya tetap ingin awak selamat dunya dan akhirat.

Manusia Makin Aneh

Manusia makin hari makin aneh.
Tak usah cakap kat orang jauh jauh.
Tengok pada diri je.
Yang salah di tegakkan sebagai kebenaran.
Yang benar sering di pijak.
Hati manusia.
Tanpa iman, penuh noda dan titik hitam.
Memang susah mahu dibezakan salah dan benar.
Dunia.
Manusia ramai leka di dalamnya.
Yang hanyuy terus hanyut.
Yang alim dan abid.
Terus bergerak.
Yang baru bangkit.
Sudah bergelar ustaz
Hati. Satu saje kunci.
Jangan riak.
Jangan rasa diri hebat.
Jangan ujub.
Jangan rasa diri baik.
Kalau rasa baik, ingat lah masih ramai yang lebih baik.
Kalau rasa jahat. Jangan sampai rasa tak nampak cahaya di hujung jalan.

Bergeraklah. Berpegang pada pautan yang paling utuh.

Manusia hari ni, memang aneh.
Aneh dengan tingkah masing2..