Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, August 1, 2016

Manusia Makin Aneh

Manusia makin hari makin aneh.
Tak usah cakap kat orang jauh jauh.
Tengok pada diri je.
Yang salah di tegakkan sebagai kebenaran.
Yang benar sering di pijak.
Hati manusia.
Tanpa iman, penuh noda dan titik hitam.
Memang susah mahu dibezakan salah dan benar.
Dunia.
Manusia ramai leka di dalamnya.
Yang hanyuy terus hanyut.
Yang alim dan abid.
Terus bergerak.
Yang baru bangkit.
Sudah bergelar ustaz
Hati. Satu saje kunci.
Jangan riak.
Jangan rasa diri hebat.
Jangan ujub.
Jangan rasa diri baik.
Kalau rasa baik, ingat lah masih ramai yang lebih baik.
Kalau rasa jahat. Jangan sampai rasa tak nampak cahaya di hujung jalan.

Bergeraklah. Berpegang pada pautan yang paling utuh.

Manusia hari ni, memang aneh.
Aneh dengan tingkah masing2..

1 comment :