Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, August 1, 2016

Rindu Pada Sahabat

Rindu pada gurauan seorang sahabat.
Lama sudah kita tidak berbual.
Hanya Dia yang tahu betapa rindu nya hati.
Biarpun sekarang kita tidak seperti dulu.
Kasih saya pada seorang sahabat yang amat saya kasihi takkan pernah luntur.
Rindu ini, saya serahkan pada Dia.
Mudah mudahan Dia menjaga kamu.

Kamu hanya insan biasa pada luarannya.
Tapi,akhlak kamu,buat saya cemburu.
Bagaimana kamu menjaga diri kamu.
Pendirian kamu teguh.
Kadang2 mungkin nampak ego.
Tapi,itulah diri kamu.
Kata kata kamu banyak buat saya teringat pada sunnah Muhammad s.a.w yang kita cinta.
Solat kamu nampak tenang.
Doa kamu nampak khusyuk.

Di satu ketika, saya membuat kamu marah. Namun, tidak satu pun kamu cerita tingkah laku saya pada rakan lain.

Saya kasihkan kamu seperti kakak saya sendiri walau saya tidak pernah di anugerahkan kakak dalam hidup saya.

Dalam diam kamu, saya belajar sesuatu.
Dalam kata kata kamu, juga ada sesuatu.

Ikhlas nya kamu,cukup saya cemburu.

Kamu jarang mengeluarkan kata kata berupa ayat seperti tinggi ilmu agamamu.

Tapi, kamu terbitkan ayat itu melalui perilaku kamu.

Kamu lah sahabat saya dunya akhirat.

Doa saya untuk kamu, pasti akan ada.
Ayat2 suci juga pasti akan ada buat kamu.

Kamu lah sahabat saya walau hakikatnya kita tidak menyedari.

Walau saya tak mampu buat kamu tersenyum.

Walau saya tidak sehebat Saidina Abu Bakar melindungi Nabi s.a.w kita itu.

Saya tetap ingin awak selamat dunya dan akhirat.

No comments :

Post a Comment