Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, August 3, 2016

Sahabat Tanpa Sedar

Bila sayang. Pasti mahu yang terbaik saje untuk sahabat itu. Dunya dan akhirat.
Walau satu hari sahabat tu dah ketepikan kita.
Walau satu hari sahabat tu dah jauh dari kita.
Walau satu hari kita tak se mesra dulu dengan dia.
Bila sayangkan sahabat.
Lindungi dia.
Bantulah dia.
Jagalah dia.
Namun, jangan pula lupa perlindungan, bantuan dan penjagaan yang terbaik itu dari siapa.
Hadiahkanlah dengan hadiah yang mampu sahabat senyum.
Dan hadiah terbaik adalah hadiah yang dapat buat dia senyum kat sana nanti.

Jadilah sahabat yang dalam tahajudnya ada tangisan merayu pada Sang Pencipta buat sahabat.
Walau di alam nyata tiada siapa yang menyedari hadirnya kamu dalam ukhwah.
Walau hakikatnya sahabat kamu tidak tahu kasihnya kamu.
Kasih tercipta hanya di luah pada Ilahi.

Kerana malu untuk berbicara.
Apatah lagi Bergurau senda.

No comments :

Post a Comment