Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, September 3, 2016

Sayang Sahabat Kerana Allah

Dalam dunya ni. Akan ada sahabat atau orang yang sangat kita kasihi selain keluarga kita. Tapi, sejauh mana kasih sayang itu akan berkekalan. Atau sampai bila, kita dan dia akan kekal mesra.

Kemesraan kita dengan adik beradik kita, walau bergaduh, hubungan tu takkan terputus.

Tapi dengan sahabat kita, tak ada pertalian darah. Tapi, kita tetap sayang dan kasihkan dia.

Walau kadang2 kasih sayang itu di salah ertikan.

Satu je harus di ingat.

Sayang tu, harus lah bermanfaat untuk dia kat akhirat sana. Walau jauh pun dia.
Hati kita kena tetap. Ikhlas tu bukanlah apabila kebaikan dan kasih kita itu di balas.

Tapi, bila ikhlas kita sayangkan sahabat itu, walau apa keadaan sekalipun,kita tetap sayang dia.

Tetap berdoa untuk dia. Tetap baca Al Quran untuk dia. Tetap sokong dia.

Walau dia tak pernah nampak kita.

Mudah mudahan dia selamat dunya akhirat.

Kalau hati kita sakit sebab perbuatan dia, tengok lah Sahabat Baginda Saw.. Dulu2, bagaimana cinta mereka pada sahabat?

Doa lah yang baik baik.

In shaa Allah

Yang baik juga akan datang.

No comments :

Post a Comment