Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, September 3, 2016

Taubat Tapi Buat Lagi

Kadang2 kita cakap nak taubat.
Kita bukan tak solat sunat taubat.
Kita bukan main main cakap nak taubat.
Kita bukan tak usaha nak tinggalkan maksiat.
Kita bukan tak tinggalkan kawan2 yang bawak kita lagha.
Kita dah buat semua tu.
Tapi akhirnya.
Kita tersungkur lagi.
Kita bukan nak buat maksiat.
Kita dah Memang tak nak buat.
Tapi, tetap jugak sukar nak kawal diri.
Kemudian kita menangis.
Stress.
Kenapa kita buat jugak maksiat tu.
Bukan kita tak doa.
Bukan kita tak baca Quran.
Tapi tetap jugak tak boleh tinggal maksiat sepenuhnya.

Renung seketika.
Kita dah berubah rupanya.
Walau sikit.
Kita kena kuat.
Kita kena kuat sebab Allah.
Sebab nak redha Allah.
Sebab nak Allah cinta kita.

Kita usaha lah.
Biarlah amal kita tak hebat.
Tapi, Ya Allah.
Aku nak dapat redho Mu.
Aku nak dapat cinta Mu.
Sebab hidup dan mati ku hanya
Untuk Mu.

Jangan putus asa k!

No comments :

Post a Comment