Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, October 26, 2016

Sayang Dalam Diam

Susah rasa hati.
Nak bicara soal sayang.
Kadang takut untuk menyayangi.
Risau itu bukan untuk kita.
Tapi, sayang tak semestinya memiliki.
Perasaan itu.
Kalau betul datangnya dari Allah.
Diri kena kuat. Untuk serahkan pada Allah swt segala perasaan itu.
Kita berusaha.
Biar Allah swt tentukan.
Bersangka baik pada Dia.
Mungkin itu tidak baik bagi kita.
Atau mungkin Allah tangguhkan seketika.
Atau Allah gantikan yang seumpamanya buat kita yang pastinya lebih cantik.

Sedih?
Iye. Tidak ada siapa yang tidak sedih apabila yang di idamkan tidak menjadi milik kita.
Kena jugak kuat.

Redha. Dan serahkan pada Allah swt.
Kadang2 kita terbayang hidup bahagia dengannya.
Tapi tak kesampaian.
Angan angan yang berpanjangan mungkin perlu kita kawal.
Melupakan sesuatu yang kita sayang itu, sukar.

Tapi melepaskan yang kita sayang itu, kita mampu.
Usah ganggu dia lagi.

Doakan yang terbaik untuk dia...

Kalau dia di tetapkan untuk kita,pasti akan kembali.

Teruskanlah perjalanan ini.

Serahkan diri dan rasa pada Ilahi