Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, February 1, 2017

Botol Air, Pensel Case, Beg Sekolah

Teringat masa kecik kecik dulu.
Umi Ayah suka beli benda yang lain dari orang lain untuk saya.
Pensel case. Lain benar dari orang lain punya. Akhirnya saya tak mahu guna. Saya nak yang macam orang lain punya. Beli yang murah je. Yang stainless steel atau yang plastik tu. Pensel box lah lebih kurang namanya. Yang bila jatuh dalam kelas, semua orang pandang. Haha. Bunyi nye sangat menyakitkan jiwa. Ade pensel, pembaris, pemadam and sharpener kat dalam.
Botol Air. Umi ayah suka belikan botol air pelik pelik. Malu nak bawak. Nak macam orang lain punya. Bawak botol mineral biasa je. Jatuh pun orang tak pandang. Kalau tertinggal pun mak tak marah. Ni, saya punya, ada button boleh tekan open. Zaman dulu tak ramai yang bawak macam ni. Ada tali untuk gantung kat leher. Once jatuh, berisiko tinggi untuk pecah. Hahah. I dont like it.
Dan beg sekolah. Suka sangat belikan yang ada roda. Ayah cakap senang. Memang lah senang. Tapi nak macam orang lain punya. Galas biasa je. Saya punya macam special case je boleh herek herek. Tak suka lah. Orang lain punya ok dan simple. Heheh.
Bukan tak bersyukur. Tapi, saya suka tengok orang lain punya. Simple je walau tak special dan harga nya biasa biasa je. Kan?

Em. Seronok zaman sekolah.

Monday, January 16, 2017

Taubat Tak Mudah Tapi Indah.

Ya Allah.
Sesungguhnya, jalan untuk bertaubat itu tidak mudah bagiku.
Terlalu banyak air mata dan sakit yang harus aku lalui.
Sungguh di Tanah Suci Mu aku meminta.
Agar Engkau menerima taubat ku.
Tidak terduga sebegini cepat Engkau dengar permintaan ku.
Tidak ku duga begini caranya untuk Kau terima taubat ku.
***
Dalam hari hari terdekat ini.
Ada sesuatu terlintas di hati aku.
Ujian yang buat kau bersedih dan lembik itu salah satu cara untuk Allah tegur kau tentang dosa
Dan silap yang kau perbuat.
Sehingga kau lembik.
Dan sakit itu, ada baiknya berbanding pukulan yang lebih hebat di sana nanti.
***
Tak aku duga aku akan menangis selepas itu.
Tak aku duga, ibu bapa aku menegur ku sehingga hati aku terasa di pukul.
Yang membuatkan aku menangis.
Yang membuatkan aku menyesal.
***
Aku juga tersedar.
Sesungguhnya aku angkuh selama ini.
Sesungguhnya aku terlalu sombong dengan dunya yang ada.
Aku tidak pernah berbangga dengan apa yang aku ada.
Tetapi sikap yang ada, cukup membuatkan aku bukan seorang yang baik.
***
Masih banyak perkara yang harus aku perbaiki.
Terlalu banyak.
***
Selama ini, aku sudah merasakan diri yang aku bawa ini,
Cukup menunjukkan banyak perkara baik sudah aku buat.
Rupanya, masih banyak yang aku tidak Nampak.
Inilah ujian Allah.
***
Selama ini, aku berniat untuk bertaubat.
Untuk ubah diri ini.
Tapi, kadang-kadang aku tidak tahu,
Di mana lagi harus aku baiki.
***
Sungguh satu persatu Engkau memberi teguran pada ku.
Sehingga air mata ini kerap kali mengalir laju akhir akhir ini.
Satu persatu jugalah Engkau buka hijab kesilapan diriku.
Penyesalan datang bertimpa timpa di hati ni.
Kini aku merasakan seperti aku di pukul oleh satu pukulan yang hebat.
Sehingga aku rasa lembik dan hilang arah.
Aku tetap cuba mendekati Mu.
Namun aku malu untuk berdoa dan meminta padaMu.
Aku malu kerana terlalu banyak dosa aku.
Aku risau Engkau tidak redha padaku.
***
Sekarang ini Engkau buat aku belajar sesuatu.
Belajar untuk jadi lebih baik.
Aku memohon padaMu agar di beri peluang untuk membaiki diri ini.
dan aku memohon Engkau berikan umur yang  panjang untuk ibu bapaku.
***
Dan di sana itu.
Aku juga memohon agar Engkau menemukan aku dengan Mu
dan juga Muhammad saw dengan cara yang paling baik.
Mungkin inilah jalan yang Engkau hadiahkan padaku.

Dan aku berjanji.
Untuk tidak sia siakan apa yang Engkau turunkan padaku ini.
Dan aku berjanji untuk menjaga ibu bapaku ini.
Kerana redhaMu padaku.
Ada pada mereka.


Aku tidak tahu apakah hati ini terlalu mencintaimu atau tidak.
Tapi, aku akan sentiasa berusaha mencintaiMu Ya Rabb..

Sunday, January 15, 2017

Nak Jadi Baik Tu Susah.

Nak jadi baik tu susah. Tak ada jalan mudahnya.

Nak jadi anak yang baik. Nak jadi hamba yang baik. Nak jadi manusia yang baik untuk orang sekeliling.

Nak jadi baik. Tak hanya perlu berbuat baik pada orang lain.


Tapi juga perlu berkorban air mata untuk berbuat baik. Dan kadang-kadang perlu lupakan perasaan sendiri.

Kadang-kadang kita dah mula solat. Kita dah mula baca Quran. Tapi, ada orang cakap kita ni, jahat. Allah tak terima. Kita ni anak jahat. Allah tak terima.

Bila dalam situasi ni, memang hati sangat sakit.

Tapi, berusahalah sehabis kuat. Positif kan diri. Allah nak kita ubah diri jadi lebih baik.

Allah nak uji kita. Allah nak kita bangkit walau dengan air mata. Sesakit apa pun kita, bangkitlah.

Mungkin hari ini kita bukan hamba yang baik. Tapi,kita boleh berusaha untuk jadi baik. Sudah-sudahlah berada dalam masa lampau yang telah banyak kita sia-siakan.

Mungkin hari ini, kita bukan anak yang baik. Suka lawan cakap mak ayah. Hari ini, kita mungkin boleh belajar diam walau sakit macam mana pun hati kita. Walau kita tak seperti yang  mereka katakan. Tak mahu lukakan hati mereka. Kita diam. Lebih baik hati kita yang terluka. Dari hati mereka. Kita harus cipta sifat kasih sayang untuk mak ayah kita, yang buat kita lebihkan hati mereka dari kita. Tak mau dah kecik hati dengan mereka k. Terlalu banyak pengorbanan mereka untuk kita. Kalau kita buat baik, tapi mereka tak hargai, abaikan. Diamkan sahaja. Jaga mereka. Mudah mudahan mereka selamat dunya akhirat.

Mungkin hari ini, kita jahat pada orang lain. Tapi hari ni, tak mustahil kita boleh baiki hidup kita. Buat baik pada semua orang.

Life is too short to always thinking only you.

Hey.

Senyumlah. Solat taubat. Mintak ampun. Mintak maaf.

Baiki. You have the power to mend your bad k!

Jangan terlalu risau sehingga semuanya menghalang kita untuk jadi lebih bagus.


Now. We start it all over again

Saturday, January 14, 2017

#Pengalaman

Saya terfikir.

Bila saya berdoa, untuk jadi anak yang baik. Allah datangkan sifat marah dalam diri ibu bapa terhadap saya. Mungkin kerana silap saya dan mungkin juga bukan kerana silap saya. Tapi, saya melawan mereka. Saya menangis. Saya mengadu pada Allah. Saya nak jadi anak yang baik. Tapi, begini pula masalahnya. Begini pula hal yang tiba.

Then. I am realized.

Sebenarnya. Allah sedang uji saya. Allah sedang didik saya untuk jadi anak yang baik. Bila perkara sebegini tidak berlaku, adakah saya belajar untuk jadi lebih baik untuk mereka, untuk mampu diam di saat mereka marah. Thats it. What Allah want to give to us, sometimes, it is not the way we are thinking. But it always came with unexpected of our low minded.

Satu hal lagi.

Cinta. Malu sebenarnya nak cakap soal jatuh cinta. Segan. Tapi, itu fitrah. And I wanna  tell you something my dearest readers.

Bila jatuh cinta. Kita pergi dekat orang yang kita cinta. Kita merayu. Berharap dia jadi pasangan kita. Walhal dia sebenarnya bukan yang halal untuk kita. Tapi kita merayu pada dia. Bila di tolak, kita menangis, meroyan. Yes. Its really hurt you.

Let say. Dia terima kita. Do you aspect what happend after that?

Kalau kamu sudah bersedia untuk nikah, tak mengapalah. Teruskan untuk bernikah.

Kalau belum bersedia? Semestinya kamu akan bermesraan dengan dia, mesej dan seterusnya seperti apa yang kebiasaan nya berlaku pada ummat hari nilah.

Kemudian, kamu marah pada Allah. Doa kamu tak di kabulkan. Permintaan kamu Allah tak turutkan.
Bila cinta kamu di tolak, sama ada kamu merayu pada dia atau tak, perasaan tu sangat sakit. Sangat sakit.

Tapi,,bila di renungkan.

Allah buat semuanya bersebab. Mungkin Allah buat begitu, sebab Allah nak kita bezakan. Adakah cinta itu sebenarnya cinta atau nafsu kita semata.

Apabila seseorang sedang jatuh cinta. Kebanyakkannya tak akan sedar di mana dia berada. And most of them, tak boleh nak bezakan samada itu cinta atau  nafsu.

Jika kamu benar mencintai. Ceritakan pada Allah. Mintak pada Allah. Apa tujuan kamu mencintai? Maksud saya, tujuan utama kamu?

Bila mencintai, cintailah dengan sebaiknya. Dan yang utama, bawak dia jauh dari azab dan murka Allah.

Kalau mendekat, tapi menjauhkan dia dari Allah, then, what is your main objective of these love?

Banyak lagi sebenarnya. Kita doa apa yang kita nak. Tapi Allah hadiahkan macam macam kat kita. Sampai kita menangis. Sampai kita rasa sakit. Rupanya Allah nak didik kita. Allah nak tegur kita. Allah nak tegur salah kita tu. Sebelum kita di pukul, di palu di alam seterunya nanti, Allah ajar kita begini supaya kita tak selamanya jauh dari dia.

Pernah satu ketika, waktu saya mula-mula biasakan diri dengan tahajud. Selepas saje solat, di hari yang sama, hati rasa tenang. Tapi, banyak yang berlaku. BUat saya nangis. Dan seakan-akan saya rasa tak mau lagi dah buat tahajud. Rupanya, Allah nak bantu saya waktu tu.

Akhir kata;

Solatlah. Tak kira solat apa pun. Walau se perit apa pun, walau sukar apa pun saya nak buat solat. Sebab nanti, bila kamu dah jumpa perasaan seronok dalam bersolat, kamu pasti rindu nak solat. Dan mungkin sampai satu masa, kamu rasa rugi tak solat dulu-dulu, kamu  rasa rugi solat lewat waktu dan kamu rasa rugi tergesa gesa dalam solat. Saya tak tau nak cakap macam mana. Tapi, it is sirius, I tell you. Take note k!


Allah sayang kita.

Tuesday, January 10, 2017

Putus Asa Dengan Rahmat Allah?

Kadang kadang bila kita tersilap langkah. Kita putus asa.
Tapi.
Allah tidak pernah zalim pada kita. Melainkan kita yang menzalimi diri sendiri. Kita berdoa. Kita mintak. Tapi Allah pegang dahulu doa kita. Kita tidak sabar.
Pada awalnya kita mintak pada Allah dengan berlapang dada, dengan sepenuh pengharapan pada Allah.

Tapi di sebabkan Allah mintak kita sabar.  Kita berdoa berulang kali. Kita ulang doa kita. Kita seolah olah geram. Kita seolah olah memaksa Allah bagi dan turutkan kehendak kita. Di saat ini, kita seperti tidak waras. Nafsu sudah jadi keutamaan.

Bila kita tersedar, kita keliru. Tak tau apa yang perlu kita buat. Makin banyak pula perkara buruk berlaku.

Bila kita tersedar. Kita menyesal dengan apa yang kita buat. Kita serabut. Kita putus asa dengan rahmat Allah. Dalam kepala kita fikir. " Allah  mesti dah tak mahu dengar doa aku. Allah mesti marah pada aku."

Dan kemudian kita tak tahu nak buat apa. Nak doa macam mana pun kita tak tau. Dan akhirnya kita berhenti berdoa.

Allahuakbar. Halus sungguh bisikan itu.

Sayang!

Cuba fikir, siapa yang tak suka kita berdoa pada Allah. Dan siapa yang tak suka tengok kita kusyuk meminta pada Allah. Siapa yang tak suka kita bergantung harap pada Allah? Dan siapa yang tak suka kita bergantung harap pada Allah?

Siapa?

Dan. Allah takkan buat kita kecewa sehingga kita berhenti berdoa melainkan, kalau Dia tak bagi apa yang kita minta, Dia akan ganti dengan yang lebih baik. Dan Allah itu terlebih dahulu faham dan tahu sehingga Dia gerakkan hati kita untuk berdoa. Allah yang terlebih dahulu aturkan hidup kita.

Allah itu sangat baik. Bersangka baiklah pada Allah. Mintak ampun pada Allah. Taubat.

Takut untuk berdoa? Takut Allah tak bagi?

Jangan. Doalah. Doa apa yang diinginkan. Apa yang kita lalui sehingga hati kita itu goyah. Mungkin ujian buat kita.

Mungkin doa kita kali ini lebih kusyuk dari sebelumnya. Mungkin, ujian itu buat kita jadi lebih baik. Allah mahu kita lebih faham hidup ber Tuhan. Mahu kita lebih bersangka baik. Dan Allah. Bila Dia ingin berikan sesuatu, tak pernah silap alamat dan waktu.

Dan Allah tak pernah kecewakan hambaNya yang benar benar bergantung harap pada Nya.

Perempuan Merisik Lelaki

Haa.
Isu masa kini. Memalukan kah?
Bagi saya, tak kot.

Lagi malu kalau kita ajak lelaki kapel dan bermesraan.
Lagi malu kalau lelaki ajak perempuan kapel, ajak perempuan pergi situ sini tanpa ikatan yang sah.

Malu kat sape? Cuba fikir malu kat sape.
Tepuk dada tanya iman. Allah tahu beb..

Herm.
Kalau suka kat seseorang, cakap lah pada dia. Sampaikan hajat.

Kalau di terima, tak mengapa.
Kalau di tolak?
Malukah. Atau tak de perasaan.

Tak mengapa.
Doa banyak banyak. Kita dah usaha.
Selebihnya. Tawakkal lah.

Mungkin dia bukan terbaik untuk kita.
Atau mungkin belum sampai waktunya.

Sayang? Cinta?

Andai cinta, pasti nak memiliki.
Tapi itu semua di bawah kekuasaan Allah swt.
Andai cinta.
Doa lah. Mintak Allah jaga.
Allah sebaik baik penjaga dan pelindung.

Allah nak menguji cinta kita itu bagaimana.

Adakah cinta kita pada insan melebihi cinta kita pada Nya?

Fikir fikirkanlah...

Thursday, January 5, 2017

Azam Apakah 2017?

Umur dah makin meningkat. Akan terus mencuba baiki diri.
Tutup semua buku lama.
Bukak buku baru.
Bukan nak buang semua yang lama.
Tapi, semua tu jadi pengajaran.
Untuk jadi lebih matang.
Matang dalam semua segi.
Penampilan.
Cara.
Cinta.
Dan keseluruhannya.
Yang penting mencapai matlamat hidup sebenar.
Kenapa kita di turunkan menjadi khalifah?

Monday, January 2, 2017

Beginning of 2017-

Pejam celik pejam celik.
Dah masuk 2017.
Hati kena lebih kental.
Manusia mengumpat di sekeliling tak kurang sikitnya.

How you handle?

Ambik kata kata tu sebagai satu teguran yang membina.

Selebihnya. Let them be.!

And jiwa kena kental juga.
Sebab tak kurang juga rasa nak umpat orang.

So. Behave yourself on this 2017.
Ok!