Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, January 14, 2017

#Pengalaman

Saya terfikir.

Bila saya berdoa, untuk jadi anak yang baik. Allah datangkan sifat marah dalam diri ibu bapa terhadap saya. Mungkin kerana silap saya dan mungkin juga bukan kerana silap saya. Tapi, saya melawan mereka. Saya menangis. Saya mengadu pada Allah. Saya nak jadi anak yang baik. Tapi, begini pula masalahnya. Begini pula hal yang tiba.

Then. I am realized.

Sebenarnya. Allah sedang uji saya. Allah sedang didik saya untuk jadi anak yang baik. Bila perkara sebegini tidak berlaku, adakah saya belajar untuk jadi lebih baik untuk mereka, untuk mampu diam di saat mereka marah. Thats it. What Allah want to give to us, sometimes, it is not the way we are thinking. But it always came with unexpected of our low minded.

Satu hal lagi.

Cinta. Malu sebenarnya nak cakap soal jatuh cinta. Segan. Tapi, itu fitrah. And I wanna  tell you something my dearest readers.

Bila jatuh cinta. Kita pergi dekat orang yang kita cinta. Kita merayu. Berharap dia jadi pasangan kita. Walhal dia sebenarnya bukan yang halal untuk kita. Tapi kita merayu pada dia. Bila di tolak, kita menangis, meroyan. Yes. Its really hurt you.

Let say. Dia terima kita. Do you aspect what happend after that?

Kalau kamu sudah bersedia untuk nikah, tak mengapalah. Teruskan untuk bernikah.

Kalau belum bersedia? Semestinya kamu akan bermesraan dengan dia, mesej dan seterusnya seperti apa yang kebiasaan nya berlaku pada ummat hari nilah.

Kemudian, kamu marah pada Allah. Doa kamu tak di kabulkan. Permintaan kamu Allah tak turutkan.
Bila cinta kamu di tolak, sama ada kamu merayu pada dia atau tak, perasaan tu sangat sakit. Sangat sakit.

Tapi,,bila di renungkan.

Allah buat semuanya bersebab. Mungkin Allah buat begitu, sebab Allah nak kita bezakan. Adakah cinta itu sebenarnya cinta atau nafsu kita semata.

Apabila seseorang sedang jatuh cinta. Kebanyakkannya tak akan sedar di mana dia berada. And most of them, tak boleh nak bezakan samada itu cinta atau  nafsu.

Jika kamu benar mencintai. Ceritakan pada Allah. Mintak pada Allah. Apa tujuan kamu mencintai? Maksud saya, tujuan utama kamu?

Bila mencintai, cintailah dengan sebaiknya. Dan yang utama, bawak dia jauh dari azab dan murka Allah.

Kalau mendekat, tapi menjauhkan dia dari Allah, then, what is your main objective of these love?

Banyak lagi sebenarnya. Kita doa apa yang kita nak. Tapi Allah hadiahkan macam macam kat kita. Sampai kita menangis. Sampai kita rasa sakit. Rupanya Allah nak didik kita. Allah nak tegur kita. Allah nak tegur salah kita tu. Sebelum kita di pukul, di palu di alam seterunya nanti, Allah ajar kita begini supaya kita tak selamanya jauh dari dia.

Pernah satu ketika, waktu saya mula-mula biasakan diri dengan tahajud. Selepas saje solat, di hari yang sama, hati rasa tenang. Tapi, banyak yang berlaku. BUat saya nangis. Dan seakan-akan saya rasa tak mau lagi dah buat tahajud. Rupanya, Allah nak bantu saya waktu tu.

Akhir kata;

Solatlah. Tak kira solat apa pun. Walau se perit apa pun, walau sukar apa pun saya nak buat solat. Sebab nanti, bila kamu dah jumpa perasaan seronok dalam bersolat, kamu pasti rindu nak solat. Dan mungkin sampai satu masa, kamu rasa rugi tak solat dulu-dulu, kamu  rasa rugi solat lewat waktu dan kamu rasa rugi tergesa gesa dalam solat. Saya tak tau nak cakap macam mana. Tapi, it is sirius, I tell you. Take note k!


Allah sayang kita.

No comments :

Post a Comment