Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, January 16, 2017

Taubat Tak Mudah Tapi Indah.

Ya Allah.
Sesungguhnya, jalan untuk bertaubat itu tidak mudah bagiku.
Terlalu banyak air mata dan sakit yang harus aku lalui.
Sungguh di Tanah Suci Mu aku meminta.
Agar Engkau menerima taubat ku.
Tidak terduga sebegini cepat Engkau dengar permintaan ku.
Tidak ku duga begini caranya untuk Kau terima taubat ku.
***
Dalam hari hari terdekat ini.
Ada sesuatu terlintas di hati aku.
Ujian yang buat kau bersedih dan lembik itu salah satu cara untuk Allah tegur kau tentang dosa
Dan silap yang kau perbuat.
Sehingga kau lembik.
Dan sakit itu, ada baiknya berbanding pukulan yang lebih hebat di sana nanti.
***
Tak aku duga aku akan menangis selepas itu.
Tak aku duga, ibu bapa aku menegur ku sehingga hati aku terasa di pukul.
Yang membuatkan aku menangis.
Yang membuatkan aku menyesal.
***
Aku juga tersedar.
Sesungguhnya aku angkuh selama ini.
Sesungguhnya aku terlalu sombong dengan dunya yang ada.
Aku tidak pernah berbangga dengan apa yang aku ada.
Tetapi sikap yang ada, cukup membuatkan aku bukan seorang yang baik.
***
Masih banyak perkara yang harus aku perbaiki.
Terlalu banyak.
***
Selama ini, aku sudah merasakan diri yang aku bawa ini,
Cukup menunjukkan banyak perkara baik sudah aku buat.
Rupanya, masih banyak yang aku tidak Nampak.
Inilah ujian Allah.
***
Selama ini, aku berniat untuk bertaubat.
Untuk ubah diri ini.
Tapi, kadang-kadang aku tidak tahu,
Di mana lagi harus aku baiki.
***
Sungguh satu persatu Engkau memberi teguran pada ku.
Sehingga air mata ini kerap kali mengalir laju akhir akhir ini.
Satu persatu jugalah Engkau buka hijab kesilapan diriku.
Penyesalan datang bertimpa timpa di hati ni.
Kini aku merasakan seperti aku di pukul oleh satu pukulan yang hebat.
Sehingga aku rasa lembik dan hilang arah.
Aku tetap cuba mendekati Mu.
Namun aku malu untuk berdoa dan meminta padaMu.
Aku malu kerana terlalu banyak dosa aku.
Aku risau Engkau tidak redha padaku.
***
Sekarang ini Engkau buat aku belajar sesuatu.
Belajar untuk jadi lebih baik.
Aku memohon padaMu agar di beri peluang untuk membaiki diri ini.
dan aku memohon Engkau berikan umur yang  panjang untuk ibu bapaku.
***
Dan di sana itu.
Aku juga memohon agar Engkau menemukan aku dengan Mu
dan juga Muhammad saw dengan cara yang paling baik.
Mungkin inilah jalan yang Engkau hadiahkan padaku.

Dan aku berjanji.
Untuk tidak sia siakan apa yang Engkau turunkan padaku ini.
Dan aku berjanji untuk menjaga ibu bapaku ini.
Kerana redhaMu padaku.
Ada pada mereka.


Aku tidak tahu apakah hati ini terlalu mencintaimu atau tidak.
Tapi, aku akan sentiasa berusaha mencintaiMu Ya Rabb..

No comments :

Post a Comment