Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, February 1, 2017

Botol Air, Pensel Case, Beg Sekolah

Teringat masa kecik kecik dulu.
Umi Ayah suka beli benda yang lain dari orang lain untuk saya.
Pensel case. Lain benar dari orang lain punya. Akhirnya saya tak mahu guna. Saya nak yang macam orang lain punya. Beli yang murah je. Yang stainless steel atau yang plastik tu. Pensel box lah lebih kurang namanya. Yang bila jatuh dalam kelas, semua orang pandang. Haha. Bunyi nye sangat menyakitkan jiwa. Ade pensel, pembaris, pemadam and sharpener kat dalam.
Botol Air. Umi ayah suka belikan botol air pelik pelik. Malu nak bawak. Nak macam orang lain punya. Bawak botol mineral biasa je. Jatuh pun orang tak pandang. Kalau tertinggal pun mak tak marah. Ni, saya punya, ada button boleh tekan open. Zaman dulu tak ramai yang bawak macam ni. Ada tali untuk gantung kat leher. Once jatuh, berisiko tinggi untuk pecah. Hahah. I dont like it.
Dan beg sekolah. Suka sangat belikan yang ada roda. Ayah cakap senang. Memang lah senang. Tapi nak macam orang lain punya. Galas biasa je. Saya punya macam special case je boleh herek herek. Tak suka lah. Orang lain punya ok dan simple. Heheh.
Bukan tak bersyukur. Tapi, saya suka tengok orang lain punya. Simple je walau tak special dan harga nya biasa biasa je. Kan?

Em. Seronok zaman sekolah.

No comments :

Post a Comment