Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, May 10, 2017

Umur 24. Dah andartu ke?

Awak. Umur awak 24tahun dah cakap andartu yang risaukan isu perkahwinan. Abes tu saya yang umur lebih dari itu  apakah sudah bertaraf nenek si bongkok tiga?

Sampai masanya nanti, kahwin ler tu. Tak mau risau sangat. Ada tu jodoh awak. Kalau itu jodoh awak sekalipun, tak kan gerak jugak sebelum sampai waktunya.

Yang penting. Awak prepare diri awak. Awak usaha. Awak doa. Jangan nampak laki hensem je awak try. Lepas kena reject. Awak tukar lagi. Then  awak try lagi. Tak mau k! Jangan gatal. Heh.

Kalau awak suka, awak usaha dan awak doalah. Jadi perempuan awak kena bijak dan tegas. Tak mau meratapi nasib di tepian pantai k. Tak mau jugak lemah dengan ayat manis lelaki. Heheh. Hiasi diri awak dengan pemikiran yang terbuka selain iman. Lepas kawin, baru boleh nak manis manis ala ala gula terlebih.

Yang penting, tanya diri. Kenapa mau kawin? Kenapa mencintai dan adakah benar cinta atau nafsu?

Renung k. Jangan lalai. Akak lempang karang. Mau?

No comments :

Post a Comment